editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Setelah lebih dari satu dekad membina perjalanan seni yang cemerlang, Cakra Khan kini kembali dengan konsert solonya yang dinanti-nantikan, bersempena dengan kelahiran album keduanya, Divine.
Sebagai hadiah kepada peminat, konsert “Divine Concert – Cakra Khan” akan diadakan di dua lokasi besar iaitu Singapura dan Malaysia.
Pada 18 Julai 2025, konsert ini akan membuka tirainya di The Star Theatre, Singapura, diikuti dengan acara yang sangat dinantikan oleh peminat di Malaysia pada 2 Ogos 2025, bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur.
Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata, penganjuran konsert ini adalah sesuatu yang luar biasa dan tepat pada waktunya.
“Selepas 11 tahun, Cakra Khan akhirnya melahirkan album kedua yang bertajuk Divine, yang membawa maksud luar biasa, hebat dan mega.
“Kami mahu mencerminkan makna ‘Divine’ dalam konsep visual konsert ini,” katanya.
Konsert ini akan menampilkan bukan sahaja lagu-lagu dari album terbaru Divine, tetapi juga karya-karya malar segar Cakra Khan yang sentiasa dinikmati peminat.
Konsep konsert ini dijanjikan bakal membawa penonton kembali mengenang lagu-lagu hits seperti Kepada Hati, Salah Tapi Baik, Mencari Cinta Sejati, dan Kekasih Bayangan, yang akan dipersembahkan secara langsung.
Menyedari permintaan tinggi daripada peminat di seluruh Nusantara, Shirazdeen berkata, peminat di Singapura dan Malaysia meminta agar Cakra Khan mengadakan konsert solonya di kedua-dua negara.
“Oleh itu, kami sangat teruja untuk membawa konsert ini ke Singapura dan Kuala Lumpur. Peminat boleh memilih untuk hadir ke salah satu atau kedua-dua lokasi,” katanya.

Cakra Khan juga berkongsi keterujaannya mengenai penganjuran konsert ini dengan memberikan pesanan ringkas, “Apa yang pasti, kalian akan menikmati Divine Concert – Cakra Khan seperti mana saya menikmati setiap apresiasi dan sokongan anda terhadap saya,” katanya.
Tiket untuk konsert ini akan dijual bermula 12 Februari 2025, jam 10 pagi, dengan harga dan kategori yang berbeza di Kuala Lumpur dan Singapura.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan yang bakal menjadi pengalaman luar biasa ini.
Jadikan ia sebagai kenangan terindah dengan Cakra Khan secara langsung di Divine Concert.
Tiket untuk konsert ini akan dijual bermula 12 Februari 2025, jam 10 pagi, dengan harga dan kategori yang berbeza di Kuala Lumpur dan Singapura.
Tiket boleh dibeli secara dalam talian di www.sistic.com.sg untuk Singapura dan www.myticket.asia untuk Malaysia.
Harga tiket bagi konsert di Kuala Lumpur dan Singapura adalah seperti berikut:
RM1,295/SGD248 (Meet & Greet)
RM795/SGD168 (Diamond)
RM695/SGD148 (Platinum)
RM455/SGD128 (Gold)
RM255/SGD128 (Silver)
RM225 (Bronze)