25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026

Rayakan pembabitan dua dekad sebagai anak seni, Jaclyn Victor First Solo Concert temui peminat 12 Oktober ini

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Layak digelar Ratu Pertandingan Program Realiti, penyanyi Jaclyn Victor, julung kalinya akan mengadakan konsert berskala besar.

Konsert yang dinamakan Jaclyn Victor First Solo Concert ini juga menandakan perjalanan karier pemilik nama sebenar Jaclyn Joshua Thanaraj Victor dalam dunia hiburan yang penuh pancaroba.

Pertama kali dikenali lewat kejuaraan di Malaysian Idol dan lagu Gemilang membuat namanya harum di Nusantara, Jaclyn selepas itu terus mencetak kejayaan demi kejayaan baik dalam penyertaan program realiti termasuk Gegar Vaganza serta untaian lagu dendangannya yang menjadi hit.

Kini, cukup buat peminat hanya menonton di kaca televisyen atau mendengar lagu miliknya di corong radio.

Dipersembahkan oleh Rag Doll Records, dengan hasil kerjasama Banyak Bagus Entertainment dan Awake Productions dengan bangganya membawakan Jaclyn Victor First Solo Concert yang akan berlangsung pada 12 Oktober depan di Zepp Kuala Lumpur. 

Bagi Jaclyn sendiri, penganjuran Jaclyn Victor First Solo Concert adalah sebuah penghormatan buatnya selain sebagai signifikan kewujudan beliau sebagai seorang penghibur yang masih relevan.

“Pertama kali membincangkan tentang Jaclyn Victor First Solo Concert bersama Banyak Bagus Entertainment selaku rakan penganjur, jujur saya gemuruh tapi sangat teruja.

“Jaclyn Victor First Solo Concert akan menjadi konsert sulung dan besar untuk saya. Saya percaya tempoh 20 tahun menjadi anak seni dan mengutip ilmu serta pengalaman, sudah masanya saya menghiburkan peminat dalam sebuah konsert sebagai penghargaan terhadap sokongan mereka sehingga nama Jaclyn Victor masih kekal relevan sehingga dua dekad,” katanya.

Jaclyn Victor First Solo Concert akan menyaksikan penyanyi berusia 45 tahun itu mendendangkan sekitar 25 buah lagu dengan kebanyakannya lagu berbahasa Melayu dan lagu saduran yang dibawakan dalam versi beliau.

Karyawan seni ber prolifik, Genervie Kam diberi tangungjawab sebagai Pengarah Muzik Jaclyn Victor First Solo Concert.

Jangan lepaskan peluang menonton Jaclyn Victor First Solo Concert yang julung kali diadakan selepas dua dekad pembabitan Jaclyn Victor dalam industri muzik tempatan.

‘Kunci’ tarikh 12 Oktober 2024 dan hadir beramai-ramai ke Zepp Kuala Lumpur untuk menyaksikan lagu-lagu seperti Ikut Rentakku, Cinta atau di Bawah Pohon Asmara disampaikan dengan susunan muzik yang lebih segar dalam Jaclyn Victor First Solo Concert ini.

Tiket berharga RM 258 (JAGALAH DIRI),RM 328 (CINTA TIADA AKHIRNYA), RM 388 (BERTAMU DI KALBU), RM 438 (IKUT RENTAKKU), RM 488 (GEMILANG), RM 688 (VIP) DAN RM 8888 (VVIP- BOX untuk 10 orang) sudah mula dijual sejak 6 Jun lalu di www.livepass.asia

ARTIKEL BERKAITAN

Popular