30.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 1, 2025

Bermulanya Cuti Sekolah

Selamat menyambut Tahun Baru Cina ( Gong Xi Fa Cai! ) kepada yang meraikannya. Dan juga selamat bercuti panjang dari persekolahan kepada anak-anak. Malaysia sememangnya sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan suku kaum. Jadi, tidak hairan mengapa negara Malaysia mempunyai banyak cuti umum.

Dengan adanya cuti panjang seperti ini, pelbagai program yang boleh dimanfaatkan yang biasanya diuruskan oleh ibubapa. Diantaranya adalah kem bina diri insentif bagi memantapkan sahsiah diri anak-anak. Dengan arus kemodenan yang semakin kehadapan seperti hari ini, aktiviti luar masih lagi relevan bagi perkembangan otak seterusnya pergaulan yang sihat.

Konsep dan pelaksanaannya adalah sinonim dengan kem jati diri atau kem motivasi, namun ia lebih menekankan konsep membina spiritual dari dalam rohani seterusnya menyebarkan energi positif kepada jasmani seseorang. Dengan adanya konsep seperti ini, peserta dapat mempelajari cara mengawal diri, keadaan dan seterusnya mampu membuat keputusan dengan rasional. Tidak dilupakan pendidikan agama tambahan kepada yang beragama Islam seperti cara solat yang sempurna dan mengaji Al Quran dengan kaedah pembetulan seperti makhraj dan tajwid.

Sebagai seorang pelajar khususnya yang sedang meniti usia remaja, pelbagai cabaran dan masalah dalam kehidupan seharian. Pastinya membuatkan semangat positif dan emosi tenang seseorang berubah, akan ada turun naiknya. Tatkala ditimpa masalah, semangat dan emosi positif akan merundum manakala apabila dikurniakan nikmat dan kesenangan maka semangat dan emosi positif kian bercambah.

Justeru, melalui program-program seperti ini akan membantu semula seseorang untuk mengecas kembali emosi-emosi positif yang telah hilang akibat tekanan daripada masalah dan dugaan yang dihadapi. Ibarat sesebuah kereta yang perlu diservis apabila sudah mencecah kilometer yang ditetapkan, begitulah perumpamaan dengan seseorang individu yang perlu mengecas semangat dan energi positif apabila diasak dengan pelbagai ragam dan kerenah.

Penulis mengucapkan sekali lagi, selamat bercuti dan moga menggunakan masa yang ada ini dengan mencari aktiviti mahu pun bahan bacaan yang lebih berilmiah sebagai ilmu pengetahuan. Banyak pancaroba yang bakal kita tempuhi pada masa akan datang. Oleh itu, bersiap siagalah dalam menjalani warna-warni kehidupan yang bakal menjelang.

Pada hari ini, kita dipanjangkan usia dengan memasuki bulan Syaaban, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dan amalan. Perbanyakkan selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Dengan rahmat dan belas kasihan ALLAH, semoga kita diberi syafaat dimahkamah Tuhan semesta alam kelak. Tidak dilupakan juga amalan seperti berpuasa sunat dan bersedekah.

Jaga diri, jaga emosi dan jaga keluarga. In SHAA ALLAH, ALLAH sayang.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular