editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Dalam kehidupan ini, peranan sebuah kediaman bukan hanya sekadar memberi perlindungan dari panas dan hujan.
Kediaman juga turut memainkan sebuah peranan yang besar dalam institusi kekeluargaan, iaitu sebagai sebuah tali pengerat ikatan kekeluargaan tempat di mana kebanyakan memori indah yang dialami di dalam hidup ini tercipta dan semestinya, sebuah destinasi yang tidak sabar untuk kita tujui bagi melepaskan segala penat dan lelah serta untuk bermesra bersama seisi keluarga selepas seharian menggalas tanggungjawab dan beraktiviti.
Memang benarlah kata pepatah lama turun-temurun: “Rumahku Syurgaku”.
Selain aspek-aspek seperti keselesaan, kebersihan dan persekitaran, bauan juga turut berperanan besar dalam mentransformasi sesebuah kediaman menjadi sebuah syurga yang dilimpahi dengan keselesaan, menjadikan suasana kediaman lebih nyaman.
Justeru, tidak hairanlah jika sesebuah kediaman yang diharumkan dengan keharuman wangian mewah itu pasti akan menerbitkan keinginan yang menebal dalam diri seseorang untuk segera pulang ke ruangan peribadi mereka untuk menikmati suasana yang nyaman, santai dan mendamaikan.
Berbekalkan kepakaran serta pengalaman dalam penghasilan haruman mewah selama lebih dari 30 tahun, Enchanteur telah mengorak langkah dengan melebarkan sayap rangkaian produknya menerusi penghasilan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan Scentify yang diserikan dengan beraneka haruman premium yang turut digunakan dalam penghasilan wangian mewah.
Dengan paduan kecanggihan teknologi penyahbauan OdorForce™ yang telah diuji dan terbukti keberkesanannya bersama adunan haruman dan minyak pati seperti Lavender, Kayu Cedar, Kasturi, Pic dan Raspberry, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan Scentify menyegarkan persekitaran ruangan peribadi anda, disamping memberikan keharuman dengan dua kali ketahanan berjangkamasa panjang.
Selain itu, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta Scentify juga diformulasikan agar bersesuaian dengan keperluan serta gaya hidup pengguna di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Wipro Unza Malaysia Krishnamurthy Sriram berkata, bauan yang menyegarkan adalah sebuah tanda aras terbaik dalam menentukan tahap kebersihan dan ketelitian persembahan.
“Di negara beriklim tropika yang panas dan lembap seperti Malaysia, bauan yang kurang enak sudah menjadi satu permasalahan biasa terutama sekali bagi kediaman yang mempunyai haiwan peliharaan.
“Walaupun kebanyakan penyegar fabrik berupaya menyahbau dan pada satu tahap, membasmi bakteria, acapkali kesegaran itu tidak berpanjangan.
“Kadang kala, ada sesetengah semburan penyegar fabrik yang turut meninggalkan kesan nyata pada permukaan fabrik, walaupun cairan penyegar itu telah tersejat ke udara sepenuhnya.
“Dengan mengambilkira permasalahan-permasalahan terbabit, ditambah dengan kepakaran dalam menghasilkan wangian mewah bermutu selama lebih dari 30 tahun, pengadun wangian Enchanteur telah mengadun pelbagai bauan premium lalu menciptakan beberapa haruman unik dan bekerjasama bersama saintis Wipro Unza untuk memformulasikan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan berharuman premium yang berkesan untuk menyahbau bauan yang kurang enak disamping mengharumkan ruangan peribadi dan kenderaan anda dengan keharuman wangian mewah yang dapat bertahan lebih lama,” katanya.
Katanya, sejak lebih tiga dekad yang lalu, Enchanteur berbangga kerana telah dikenali sebagai penghasil wangian premium ikonik dikalangan para pengguna di Malaysia.
“Rangkaian wangian Enchanteur seringkali dikaitkan dengan keanggunan serta gaya kemewahan Eropah.
“Justeru, dengan kehadiran rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan Scentify, penggemar setia Enchanteur kini berpeluang untuk menyerikan kediaman dan kenderaan mereka dengan keharuman wangian mewah dari Enchanteur yang terkenal,” katanya.
Katanya, wangian juga berupaya untuk mengilhamkan memori indah. Justeru, menerusi penggunaan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan Scentify pastinya akan mewujudkan keinginan anda untuk menghentikan segala kegiatan dan segera kembali ke ruangan peribadi mahupun kenderaan anda untuk menikmati setiap detik dan saat dalam keharuman yang sungguh menenangkan.
Hadir dalam dua format – Eau de Fabric dan Eau de Car – Scentify memberikan kediaman serta kenderaan anda sebuah simfoni haruman pada tahap yang lebih tinggi menerusi adunan bauan mewah yang menyengat, kaya dengan bau-bauan yang terbit dari buah-buahan, kayu-kayuan dan Kasturi dan semuanya di adun secara eksklusif oleh pakar penghasilan wangian Enchanteur.
Dipakej di dalam botol penyembur yang sangat mudah untuk digunakan, rangkaian semburan penyegar fabrik Scentify Eau de Fabric amat sesuai untuk digunakan pada fabrik yang susah untuk dibersihkan seperti perabot, langsir, tilam, serta pelbagai jenis permukaan yang lain.
Di samping itu, ia dilengkapi dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berupaya menyahbau serta membasmi 99.99 peratus kuman dan bakteria.
Dapatkan Scentify Eau de Fabric Sparkling Fruité, Scentify Eau de Fabric Magical Clouds dan Scentify Eau de Fabric Floral Symphony 370ml yang dijual pada harga RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak).
Untuk Scentify Eau de Car, dapatkan haruman seperti Scentify Eau de Car Scarlet Ruby, Scentify Eau de Car Yuzu-licious Bouquet dan Scentify Eau de Car Aquatic Symphony pada harga 14ml, RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak).
Dengan haruman yang akan membawa anda mengimbau kenangan semasa bercuti di persisir pantai, penyegar kereta Scentify Eau de Car Aquattic Symphony membawa anda menelusuri sebuah perjalanan ke dasar laut menerusi paduan bauan yang diilhamkan oleh lautan dan bungaan, diikuti dengan adunan bauan dari Amber serta kayu-kayuan.
Ayuh harumkan kediaman dan kenderaan anda dengan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta Scentify dari Enchanteur hari ini dan wujudkan lebih banyak memori bersama dan perjalanan yang bermakna, sama ada di ruangan peribadi anda mahupun dalam kenderaan. Rangkaian Scentify Eau de Fabric dan Scentify Eau de Car kini boleh didapati di semua peruncit, pasaraya dan pasar hyper di seluruh negara.

