Wings Archives - MaxInfo

Wings Orang Kita 2026: Era baharu legenda rock Malaysia
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Kumpulan legenda rock tanah air, Wings, kembali menggegarkan persada muzik tempatan menerusi sebuah konsert khas bertajuk Wings Orang Kita, yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Januari 2026.

Dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah, konsert ini menjanjikan sebuah malam penuh emosi, semangat dan pembaharuan, khusus buat peminat setia Wings.

Lebih empat dekad mewarnai industri muzik, Wings terus membuktikan bahawa semangat dan jiwa mereka kekal utuh meskipun melalui perubahan zaman.

Dengan kemasukan dua ahli baharu, Pae dan Arm, Wings kini melangkah ke fasa dan konsep baharu yang lebih segar serta relevan, tanpa mengorbankan identiti asal yang menjadi kekuatan utama kumpulan ini sejak awal penubuhan.

Gabungan tenaga lama dan semangat baharu ini dijangka membawa dimensi persembahan yang lebih matang, bertenaga dan dinamik.

Kehadiran Pae dan Arm bukan sekadar melengkapkan barisan ahli, malah menandakan permulaan era baharu buat Wings dalam meneroka idea-idea muzik yang lebih segar.

Seiring dengan perkembangan ini, Wings turut merancang untuk menghasilkan dan melancarkan lagu-lagu baharu, sekali gus menyuntik nafas baharu ke dalam perjalanan seni mereka yang panjang dan berpengaruh.

Konsert Wings Orang Kita dianjurkan sebagai penghargaan istimewa kepada peminat yang sentiasa berdiri teguh bersama Wings sepanjang perjalanan karier mereka.

Ia bukan sahaja memberi peluang kepada peminat yang terlepas menyaksikan konsert Wings 40 Tahun sebelum ini, malah menjadi tanda terima kasih kepada mereka yang telah hadir dan memberikan sokongan padu terhadap konsert bersejarah berkenaan.

Konsert ini diraikan sebagai simbol hubungan erat antara Wings dan peminat, yang digelar sebagai “Orang Kita”.

Menambah keterujaan, konsert ini turut menjanjikan pelbagai elemen kejutan eksklusif yang dirancang khas buat penonton.

Kejutan-kejutan ini hanya dapat dirasai secara langsung pada malam konsert, menjadikan Wings Orang Kita sebagai satu pengalaman muzik yang istimewa dan sukar dilupakan.

Walaupun melalui perubahan barisan ahli, semangat Wings kekal tidak pernah pudar.

Jiwa, tenaga dan roh kumpulan ini terus dipacu oleh kecintaan terhadap muzik serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat.

Wings juga mengalu-alukan kehadiran peminat baharu sebagai sebahagian daripada keluarga besar Wings, untuk bersama-sama membawa kumpulan ini melangkah ke tahap seterusnya.

Bagi memenuhi keperluan penonton, konsert Wings Orang Kita menawarkan pelbagai kategori tiket termasuk penambahan kategori baharu Rockzone Seating.

Tiket ditawarkan bermula dari Rockzone Standing dan Free Standing, sehinggalah ke kategori Premium Seat, Standard Seat dan VIP Box, memberi pilihan kepada peminat untuk menikmati konsert mengikut keselesaan masing-masing.

Dengan gabungan legasi, perubahan dan hala tuju masa depan, Wings Orang Kita dijangka menjadi satu lagi detik bermakna dalam sejarah perjalanan Wings, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai kumpulan rock ikonik yang terus relevan bersama peminat dari pelbagai generasi.

The post Wings Orang Kita 2026: Era baharu legenda rock Malaysia appeared first on MaxInfo.

The Rock Emperor Penang Chapter berjaya hiburkan 8,000 penonton, Wings bakal bawa konsert ke Pantai Timur
editormaxinfo@gmail.com

PULAU PINANG – Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas dihiburkan dengan persembahan mantap kumpulan legenda terkenal, Wings.

Aksi pembukaan konsert Wings The Rock Emperor Penang Chapter dengan persembahan ala teaterikal disambut dengan jeritan hangat peminat yang tidak sabar menanti persembahan kumpulan rock otai itu.

Apabila Datuk Awie, Eddie, Black, Edrie serta Syam melangkah masuk ke pentas utama, penonton semakin menggila dan Wings pun mula memacu langkah memulakan persembahan dengan lagu Romania, Jumpa Hilang dan Lubuk Pusing.

Deretan lagu popular seperti Bujang Senang, Bernafas Dalam Lumpur, Peronda Jaket Biru, Sayap Ilusi, Hukum Karma, Ingatkan Dia, Rantai, Nurnilam Sari, Opera Hidup, Awang Trasher dan Lipas Kudung membuatkan penonton tenggelam dalam kelunakan vokal memukau Awie yang dilengkapkan dengan persembahan muzik mengasyikkan semua anggota Wings.

Wings juga sempat memuatkan enam lagu popular iaitu Biarkan Berlalu, Intan Ku Kesepian, Belenggu Irama, Anugerah, Misteri Mimpi Syakilla dan Taman Rashidah Utama dalam sebuah persembahan medley.

Menariknya, Wings sempat membawakan lagu-lagu tribute yang mempopularkan nama Awie sebagai penyanyi solo iaitu Bara dan Dipenjara Janji yang turut dipersembahkan dengan lagu Like Hell, nyanyian asal kumpulan Loudness.

Wings juga tidak lupa mendedikasikan untuk saudara di Palestin, Allah Allah Aghisna diiringi dengan doa ikhlas memohon kesejahteraan mereka di sana.

Dalam pada itu, kumpulan otai itu turut berkongsi bingkisan perancangan mereka untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain.

“Insya-Allah, kami mempunyai beberapa perancangan untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain. Setakat ini, semuanya dalam perancangan dan kini, kami sudah merisik dua lokasi di bahagian sana.

“Kami mahu datang dengan kelainan dan mempunyai perancangan untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain.

“Industri muzik kita sekarang meriah dengan konsert, tetapi banyak persembahan tertumpu di kawasan Lembah Klang. Jadi, kami memilih untuk menghiburkan peminat di lokasi lain.

“Jika tiada aral, konsert bakal berlangsung di Pantai Timur dan kami menjangkakan ia bakal menjadi kenyataan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Doakan semua perancangan kami untuk membawa The Rock Emperor ke destinasi lain berjalan lancar,” kata Awie.

Dihoskan oleh penyampai radio Kool 101, Haiza, Wings The Rock Emperor Penang Chapter adalah susulan kejayaan persembahan mega dengan konsep sama di Singapura dan Shah Alam.

The post The Rock Emperor Penang Chapter berjaya hiburkan 8,000 penonton, Wings bakal bawa konsert ke Pantai Timur  appeared first on MaxInfo.

Wings janjikan The Rock Emperor – Penang Chapter lebih hebat dan gempak
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Tahun 1987 menyaksikan kemunculan kumpulan Wings menerusi album pertama berjudul Belenggu Irama yang berjaya dijual sebanyak 60,000 unit, yang juga satu jumlah dianggap besar pada era itu.

Kemampuan Wings yang boleh beraksi secara langsung di atas pentas di tambah dengan pakej yang ada pada penyanyinya Awie (Datuk Awie), menjadi tarikan utama penonton hadir menyaksikan persembahan mereka.

Nama Wings laris menjadi sebutan dan rebutan penganjur di sana sini antaranya Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong, Bayan Lepas.

Penganjur mampu tersenyum lebar dengan kehadiran penonton kerana kehebatan Wings bukan sahaja menarik peminat di Pulau Pinang tetapi juga dari Perlis, Kedah dan Perak (utara).

Bagaimanapun, tanpa disedari kumpulan legenda ini sebenarnya sudah lebih 30 tahun tidak mengadakan konsert di Pulau Pinang (bahagian Pulau).

Hanya pada tahun lalu, ‘Sayap’ mereka singgah beraksi dalam Konsert Mega Marhaen @Mid Town Perda, Pulau Pinang yang menyaksikan kehadiran ramai penonton walaupun hujan lebat.

Justeru satu perancangan rapi disusun dan tercetuslah idea menganjurkan konsert yang lebih gah iaitu Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter yang akan berlangsung pada 24 Februari ini.

Kehebatan siri The Rock Emperor ini sudah diakui menerusi dua konsert terdahulu iaitu di Singapura pada 29 Julai 2023 dan Kuala Lumpur pada16 Disember 2023.

Untuk itu, Awie menjanjikan persembahan yang lebih hebat, lebih gempak dan lebih menghiburkan buat peminat di ‘Pulau Mutiara’.

“Jom orang-orang Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak dan dimana sahaja. Mari datang saksikan persembahan Wings di SPICE Arena Penang pada 24 Februari nanti.

“Saya bersama Eddie, Black, Sham dan Edrie sudah tidak sabar bertemu anda. Maklumlah kami pun sudah lama tidak beraksi di sini. Sudah pasti kami akan memberikan aksi terbaik.

“Persembahan di Pulau Pinang memang ditunggu-tunggu kerana dapat mengimbas kembali saat-saat awal kemunculan di persada seni tanah air 37 tahun lalu.

“Kami diterima baik oleh peminat di sini dan kehadiran mereka tidak mengecewakan. Inilah juga harapan kami menerusi konsert kali ini,” katanya.

Sebagai bukti kesungguhan mereka mempromosikan Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter, Awie dan empat rakannya turun padang bertemu peminat di Queensbay Mall, Pulau Pinang, Mydin Mall, Jalan Baru Bukit Mertajam dan AEON Mall Taiping pada Sabtu dan Ahad lalu.

Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter tampil dengan kelainan apabila Wings mengetengahkan konsep Gores & Menang kepada penonton.

“Untuk setiap tiket, kita akan buat satu Gores dan dalam Gores itu ada hadiah-hadiah tertentu yang akan dimenangi oleh penonton bertuah.

“Terdapat lebih 700 barangan akan diberikan kepada pembeli tiket Konsert Rock Emperor. Ia merangkumi semua pembeli dari tiket berharga RM95 sehingga lebih RM300.

“Barangan untuk dimenangi itu termasuk ‘preloved’ barangan terpakai Wings yang akan kita hadiahkan kepada pemenang-pemenang,” kata Awie lagi.

Tiket untuk menonton konsert boleh didapati di https://wings.ubertickets.asia.

The post Wings janjikan The Rock Emperor – Penang Chapter lebih hebat dan gempak appeared first on MaxInfo.

Wings perkenalkan Tonton, Gores & Menang untuk pembeli tiket konsert di Penang
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Selepas menjelajah Kota Singa dan Bandaraya Shah Alam, kumpulan rock legenda, Wings menerbangkan sayap mereka ke Pulau Pinang pula sebagai destinasi Konsert The Rock Emperor.

Kali ini Datuk Awie (vokal), Eddie (bass), Black (drum), Sham (gitar) dan Edrie (gitar) akan menggegarkan SPICE Arena Penang menerusi Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter yang akan berlangsung pada jam 9 malam, 24 Februari depan.

Mengimbas kembali, Konsert The Rock Emperor mula membuka tirai di dipentas The Star Theatre Singapura, pada 29 Julai 2023 yang mendapat sambutan hebat daripada penonton.

Ia seterusnya dikembangkan dengan Konsert Wings The Rock Emperor – Kuala Lumpur Chapter di Stadium Malawati pada 16 Disember lalu yang mencatat sejarah tersendiri dengan kehadiran lebih 9,000 peminat tegar mereka.

Penonton yang hadir rata-rata memuji kehebatan kumpulan yang sudah bertapak hampir empat dekad dalam industri muzik tanah air dan sukar dicari ganti ini.

Ramai juga yang masih belum ‘move on’ dari keterujaan menyaksikan kehebatan vokal Awie yang masih hebat menyanyikan lagu-lagu popular Wings menerusi konsert mega lebih tiga jam itu.

Usia yang menjangkau 55 tahun bukanlah halangan buat Awie mempamerkan kemantapan vokal dan showmanshipnya diatas pentas yang  lagaknya bagaikan di usia 20-an.

Malah anggota lain juga yang melewati usia 50-an tetap mantap dengan permainan instrumen masing-masing sekaligus melengkapi persembahan kumpulan yang dilihat mempunyai semangat ‘brotherhood’ yang sangat kuat itu.

Persembahan berkonsepkan teaterikal dengan tema ala ‘viking’ ditampilkan mereka, benar-benar memukau semua yang hadir di Shah Alam.

Mereka terhibur dengan lebih 20 lagu yang dipersembahkan antaranya Adoney Dari Paran, Jumpa Hilang, Lubuk Pusing, Cinta Seusia Kita, Komplikasi Pramaya dan Jerangkap Samar.

Tidak ketinggalan lagu Bernafas Dalam Lumpur, Gemuruh, Ingatkan Dia, Nur Nilam Sari, Sekeping Kertas Bermaruah, Rock N Roll Lu Punya Suka, Awang Trasher, Dalam Kehadiran Sofiah, medley Intanku Kesepian, Belenggu Irama, Anugerah, Misteri Mimpi Syakilla dan banyak lagi.

Bercerita mengenai Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter, Awie berkata, mereka akan mengetengahkan satu konsep baharu iaitu Tonton, Gores & Menang kepada penonton.

“Untuk setiap tiket, kita akan buat satu Gores dan dalam Gores itu ada hadiah-hadiah tertentu yang akan dimenangi oleh penonton bertuah.

“Terdapat lebih 700 barangan akan diberikan kepada pembeli tiket Konsert Rock Emperor. Ia merangkumi semua pembeli dari tiket berharga RM95 sehingga lebih RM300.

“Barangan untuk dimenangi itu termasuk prelove barangan Wings terpakai yang akan kita hadiahkan kepada pemenang-pemenang,” katanya.

Walaupun keseluruhan peminat berpuashati dengan apa yang ditampilkan dalam dua konsert terdahulu, Awie tetap akan melakukan perubahan dalam persembahan.

“Insya-Allah kita akan cuba perbaiki apa sahaja kelemahan-kelemahan yang ada sebelum ini. Wings akan buat lagi bagus.

“Sudah tentu konsert ini tidak akan sama seperti yang berlaku di Shah Alam. Kita akan ubah sikit repertoire dan juga persembahan serta akan jadikan intronya lebih menarik di Pulau Pinang.

“Lokasinya tidak terlalu besar sangat. Untuk itu, kami akan sesuaikan persembahan dengan tempat itu,” katanya.

Tiket untuk menonton konsert boleh didapati di https://wings.ubertickets.asia.

The post Wings perkenalkan Tonton, Gores & Menang untuk pembeli tiket konsert di Penang appeared first on MaxInfo.