travelling Archives - MaxInfo

Bernadya umum jelajah ‘Untungnya, Untungnya’ 2025 di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Bernadya bersama JUNI Concert mengumumkan jelajah terbaharu mereka, Untungnya, Untungnya yang bakal berlangsung di Malaysia.

Dua kota besar telah dipilih sebagai lokasi pertunjukan iaitu Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Konsert pertama akan diadakan pada 13 Julai 2025 di Zepp, Kuala Lumpur, diikuti dengan konsert kedua pada 19 Julai 2025 di KDAC Hall, Kota Kinabalu.

Pengumuman ini juga disertakan dengan pelancaran poster rasmi Untungnya, Untungnya Malaysia Tour 2025.

Kolaborasi kali ini membabitkan JUNI Concert bersama Sembangkari sebagai co-promoter yang akan menggarap jelajah ini.

“Sangat gembira dapat kembali ke Malaysia kerana negara ini selalu memiliki tempat istimewa di hati saya.

“Jelajah Untungnya, Untungnya ini adalah sebuah perayaan kecil terhadap keberuntungan-keberuntungan yang sering kali kita lupakan.

“Saya juga ingin mengajak Bersenadya Malaysia untuk menikmati pertunjukan saya lebih dekat dengan set yang lebih lengkap daripada mini album dan album pertama saya.

“Mari hadir dengan pakaian cerah, kerana itu melambangkan kita berada di luar fasa gelap. Mari bersama-sama merayakan dan pulang dengan hati yang gembira,” kata Bernadya dengan penuh semangat.

Adryanto Pratono dari JUNI Concert berkata, ini kali kedua bagi JUNI dan Bernadya ke Malaysia.

Sebelum ini, sambutan terhadap Tur Berjalan sangat meriah dari peminat Malaysia.

“Kali ini, kami bekerjasama dengan Sembangkari Entertainment untuk membawa Bernadya ke lokasi yang lebih besar bagi memenuhi permintaan peminat yang ingin melihatnya tampil secara langsung,” katanya.

Sementara itu, Fuad Simim dari Sembangkari Entertainment berkata, pihaknya merasa bangga dapat bekerjasama dengan JUNI Concert dan sangat teruja untuk membawa Bernadya ke Sabah buat pertama kalinya.

“Kami yakin konsert ini akan memberikan pengalaman luar biasa bagi penonton dengan produksi yang intim namun tetap megah, serta kejutan-kejutan istimewa yang hanya boleh dinikmati secara langsung di pentas.

“Kami berharap konsert ini dapat membantu memajukan industri hiburan di Sabah dan menjadi titik tolak untuk lebih banyak konsert di masa hadapan,” katanya.

Selain itu, Untungnya, Untungnya Malaysia Tour 2025 juga bakal menyaksikan penampilan khas Bernadya bersama Adrian Khalif.

Mereka akan berkolaborasi dalam lagu Asumsi dan juga mempersembahkan set istimewa dalam jelajah kali ini.

Tiket “Untungnya, Untungnya” Bernadya Tour Malaysia 2025 akan mulai dijual pada 15 Mac 2025 di www.myticketempire.com.

Semak informasi terbaru berkaitan konsert ini di Instagram @juni_concert dan @bernadyaribka

The post Bernadya umum jelajah ‘Untungnya, Untungnya’ 2025 di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu appeared first on MaxInfo.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik ke KLIA T2 bermula 7 April 2025
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – AirAsia mengumumkan pemindahan operasi perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2), bermula pada 7 April 2025.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, langkah ini bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan permintaan perjalanan yang semakin meningkat, serta untuk meningkatkan pengalaman penerbangan secara keseluruhan.

“Walaupun Lapangan Terbang Subang menawarkan kemudahan yang mudah, terutama bagi penduduk bandar, pembangunan semula lapangan terbang ini untuk menyokong pertumbuhan masa depan akan mengambil masa.

“Oleh itu, AirAsia akan menggabungkan semua operasinya di KLIA T2 untuk memaksimumkan kecekapan dan memberi pengalaman yang lebih baik kepada tetamu kami,” kata kenyataan itu.

AirAsia juga berkata, jumlah penumpang antara Kuala Lumpur dan destinasi utama seperti Kota Kinabalu dan Kuching telah meningkat lebih daripada 16 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Oleh itu, pemindahan operasi domestik ke KLIA T2 adalah langkah tepat untuk menampung peningkatan trafik dan memastikan keberkesanan operasi yang lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata, KLIA T2 mempunyai infrastruktur yang lebih sesuai untuk memenuhi keperluan penerbangan sambungan berskala besar, terutamanya pada waktu puncak perjalanan.

“Dengan kapasiti yang lebih besar di KLIA T2, kami akan dapat terus berkembang dan menawarkan lebih banyak penerbangan, khususnya ke Sabah dan Sarawak yang kini mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Bagi memastikan peralihan ini berjalan lancar, AirAsia akan terus beroperasi dari Lapangan Terbang Subang sepanjang minggu sambutan Hari Raya untuk memenuhi permintaan sedia ada.

Ini akan membolehkan tetamu yang merancang perjalanan semasa musim perayaan menikmati kemudahan Subang sebelum peralihan sepenuhnya ke KLIA T2.

“Sesi perundingan yang positif dengan konsortium Gateway Development Alliance (GDA) juga memastikan peralihan ini sejajar dengan pembangunan infrastruktur yang lebih baik serta matlamat ketersambungan jangka panjang,” katanya lagi.

Untuk rekod, AirAsia mula beroperasi di Lapangan Terbang Subang pada 30 Ogos 2024, dengan memperkenalkan dua laluan utama iaitu Kuching dan Kota Kinabalu.

The post AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik ke KLIA T2 bermula 7 April 2025 appeared first on MaxInfo.

Fenomena kerang terdampar di Pantai Terengganu bukan petanda bencana, selamat dimakan – penyelidik UMT
editormaxinfo@gmail.com

KUALA TERENGGANU – Fenomena kerang terdampar di pesisir pantai Terengganu yang tular baru-baru ini bukanlah petanda bencana alam, sebaliknya adalah kejadian semula jadi yang selamat untuk dimakan.

Pensyarah di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Roslizawati Ab Lah berkata, fenomena ini sering berlaku setiap kali musim monsun timur laut tiba, di mana angin kencang dan ombak besar, bersama struktur geografi pantai yang tertentu, menjadi faktor utama kerang-kerang ini terdampar di pesisir pantai.

“Walaupun fenomena kerang terdampar ini mungkin kelihatan luar biasa, ia sebenarnya adalah kejadian semula jadi yang kerap berlaku. Ia tidak perlu dirisaukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Roslizawati berkata, pergerakan angin yang kuat dan ombak besar membawa kerang-kerang ini ke pantai.

Biasanya, kerang terbabit masih dalam keadaan baik dan boleh dimakan dengan selamat.

Namun, beliau mengingatkan penggemar makanan laut yang ingin mengutip kerang itu perlu berhati-hati kerana kerang yang terdampar mungkin terdedah kepada pencemaran atau bakteria.

Oleh itu, penting untuk membersihkan kerang dengan sempurna sebelum dimasak.

“Fenomena ini juga menyoroti pentingnya ekosistem lautan dan pesisir pantai dalam mengekalkan keseimbangan alam,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat, turut mengesahkan hasil analisis makmal mengklasifikasikan kerang terbabit sebagai Kelas B dan C di bawah piawaian Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP), yang memerlukan kerang-kerang ini dimasak sepenuhnya sebelum dimakan.

Ruzaidi menasihatkan orang ramai supaya memastikan kerang yang dikutip dimasak dengan sempurna bagi mengelakkan risiko pencemaran bakteria.

Beliau juga mengingatkan agar kerang mentah dielakkan, terutama bagi individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai aktiviti orang ramai yang menggunakan pelbagai cara, termasuk pukat ikan dan baldi, untuk mengutip kerang-kerang yang melimpah setelah terdampar di Pantai Sura, Dungun.

The post Fenomena kerang terdampar di Pantai Terengganu bukan petanda bencana, selamat dimakan – penyelidik UMT appeared first on MaxInfo.

Buffet Ramadan 2025 “From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0”: Gabungan tradisi dan eksklusiviti untuk warga kota
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Selepas hampir 10 tahun menjalin kerjasama dalam industri acara dan majlis, Suri Catering & Event Services dan Merindu Savior Events & Management kembali dengan satu lagi pengalaman berbuka puasa yang memukau, iaitu Buffet Ramadan 2025 – From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0.

Acara ini kini menjadi antara pilihan utama bagi warga kota Kuala Lumpur yang ingin merasai kelainan berbuka puasa dengan hidangan tradisional Melayu yang penuh rasa dan nostalgia.

Dua tokoh utama di sebalik kejayaan acara ini, Zaza Sabran, Pengasas Merindu Savior Events & Management, dan Ahmad Anas B. Mustafa Kameel, Ketua Pegawai Eksekutif Suri Catering & Event Services, telah mencipta satu pengalaman gastronomi yang tak terlupakan, menggabungkan hidangan istimewa dengan suasana eksklusif yang memikat.

Makanan Tradisional dalam Suasana Elegan

Tema “From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0” menampilkan lebih 150 jenis hidangan tradisional Melayu yang menggugat selera.

Antara menu utama yang menjadi tarikan ialah Gulai Kawah, Itik Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Pekasam, Tempoyak Daun Kayu, serta menu warisan seperti Lempeng, Ubi Kayu Rebus, dan banyak lagi.

Setiap hidangan disediakan oleh barisan chef berpengalaman yang memastikan keaslian rasa dan kualiti masakan, menjadikan setiap suapan sebagai satu kenangan manis berbuka puasa.

Dekorasi Klasik Elegan untuk Pengalaman Berbuka yang Luar Biasa

Selain menawarkan pengalaman makan yang luar biasa, Merindu Savior dan Suri Catering turut bekerjasama dengan Lilit Pipit yang diketuai oleh Bisron Akhmal, Ketua Pegawai Eksekutif, untuk menyediakan dekorasi yang menggabungkan unsur klasik dan elegan.

Berlokasi di Cornerstone IPC, Jalan Ampang, ruang acara ini telah dipenuhi dengan suasana dinamik yang memberikan pengunjung pengalaman berbuka puasa yang tidak hanya memanjakan selera, tetapi juga mata.

Lokasi Strategik di Tengah Bandaraya

Cornerstone IPC, Jalan Ampang, yang terletak di lokasi strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur, dipilih sebagai tempat untuk acara ini.

Dengan kedudukannya yang mudah diakses, ia menjadi pilihan sempurna bagi mereka yang merindui hidangan tradisional dan ingin merasakan suasana kampung di tengah kesibukan kota.

Harga Berpatutan untuk Sajian Istimewa

Buffet Ramadan 2025 – From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0 menawarkan harga yang amat berpatutan. Untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, harga tiket adalah RM49, manakala untuk warga emas, harga tiket ditetapkan pada RM69.

Bagi mereka yang membuat tempahan lebih awal, harga promosi sebanyak RM103.90 ditawarkan untuk tempahan sebelum 28 Februari 2025.

Selepas tarikh berkenaan, harga normal akan dikenakan, iaitu RM129.90 untuk seorang.

Dengan lebih 100 menu yang tersedia, harga yang ditawarkan pastinya berbaloi dan menjadikan setiap momen berbuka puasa lebih bermakna.

Jangan Lepaskan Peluang

Jangan lepaskan peluang untuk merasai gabungan Tradisi, Rasa, dan Kreativiti yang sempurna di Buffet Ramadan 2025 – From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0.

Tempah sekarang dan nikmati pengalaman berbuka puasa yang penuh makna bersama keluarga dan sahabat handai di lokasi eksklusif di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila layari laman web atau media sosial rasmi acara ini.

The post Buffet Ramadan 2025 “From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0”: Gabungan tradisi dan eksklusiviti untuk warga kota appeared first on MaxInfo.

Umrah Langkah Seiringan bersama Exists Januari depan
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Popular dengan lagu ‘Langkah Seiringan’ dari album sulung berjudul ‘Exist’ yang diterbitkan pada 1991, Kumpulan Exists ingin mengajak peminat dan orang ramai untuk mengatur langkah bersama mereka menuju ke Tanah Suci.

Exists yang kini dianggotai oleh Ezad Lazim (vokalis), Along atau Azhrul Nasir (gitar utama), Musa Radhi (bass), Ujang atau Saharudin Saniman (dram) dan Ajai @ Mohd Faizal Maas (keyboard) bakal menunaikan umrah bersama dengan syarikat Darmina Revolution.

Pelawaan daripada Darmina Revolution kira-kira dua bulan lalu, umpama bulan jatuh ke riba kerana anggota Exists tidak menyangka impian untuk menunaikan umrah dimakbulkan Allah.

Melalui program ‘Umrah Langkah Seiringan Exists’, kesemua anggota kumpulan itu akan berangkat menunaikan umrah pada 22 Januari 2025 hingga 2 Februari 2025.

Ketua Pegawai Operasi Darmina Revolution, Ahmad Fawzy Mohd Hashim berkata, program ‘Umrah Langkah Seiringan Exists’ adalah satu platform bertujuan untuk memudahkan orang ramai mencari pakej pelancongan luar dan dalam negara serta pakej umrah yang di tawarkan oleh syarikat travel agensi yang berada di Malaysia.

Katanya, melalui Darmina Revolution orang ramai yang ingin menunaikan umrah tidak perlu bersusah payah kerana segala urusan akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Pihak kami sentiasa berusaha dan memastikan segala urusan jemaah yang berdaftar dengan kami mendapat keselesaan dengan pakej yang dipilih.

“Kami juga menawarkan harga rendah dan berpatutan agar ramai yang berpeluang untuk menunaikan umrah.

“Pakej yang ditawarkan dalam platform kami amat berpatutan kerana konsep kami adalah pendaftaran awal akan mendapat harga diskaun 5 sehingga 20 peratus mengikut pakej dan kouta yang ditawarkan.

“Harganya adalah murah berbanding kalau anda membeli atau mendaftar di saat akhir kerana harga yang ditawarkan adalah harga biasa,” katanya.

Selain dari pakej umrah, platform Darmina Revolution juga ada menawarkan pakej pelancongan ke seluruh dunia dengan harga yang berpatutan.

Sementara itu, Ezad yang sebelum ini pernah menunaikan umrah tidak menyangka berpeluang untuk menjejak kaki ke Makkah dan Madinah lagi.

Baginya, pelawaan yang ditawarkan oleh Darmina Revolution untuk menunaikan umrah bersama anggota Exists adalah sesuatu yang tidak diduga.

“Semua orang menyimpan impian untuk menjejak kaki ke Tanah Suci Makkah. Alhamdulillah, pada tahun lalu saya berkesempatan menunaikan umrah bersama isteri, anak-anak dan mentua.

“Tak sangka ada lagi peluang untuk ke sana dan kali ini bersama-sama anggota Exists, sudah pasti suasananya berbeza.

“Kiranya kali ini lebih istimewa, ibarat pergi dengan adik-beradik kerana kami semua sudah lama mengenali antara satu sama lain.

“Tak sangka tiba-tiba Allah bukakan rezeki untuk kami pergi umrah bersama-sama. Saya rasa gembira dengan peluang ini walaupun sudah pernah pergi, anggota Exists yang lain tak pernah pergi lagi. Jadi bila mereka semua teruja untuk pergi, dan ini adalah rezeki untuk kami.

“Ini juga adalah salah satu peluang yang baik dan rezeki Allah nak bagi, tiada siapa yang tahu. Di samping itu juga, Exists mengalu-alukan juga kalau ada sesiapa yang nak pergi umrah bersama kami,” kata Ezad.

Bagi Musa pula, jika selama ini beliau hanya membaca Sirah Nabi sahaja dan kini Darmina Revolution telah memberi berpeluang kepadanya untuk menziarah lokasi peninggalan Rasulullah SAW.

“Perasaan saya amat senang sekali apabila diberitahu yang kami berpeluang untuk melakukan umrah. Berita gembira itu kami terima sekitar dua bulan lalu daripada pihak Darmina Revolution.

“Saya tidak pernah buat umrah, selama ini saya hanya membaca sirah Nabi SAW sahaja. Melalui bacaan pun air mata saya boleh gugur, ini pula dapat menziarahi tempat-tempat yang bersejarah itu.

“Sudah pasti ini adalah peluang yang terindah buat saya kerana dapat menjejak kaki ke sana dan menziarahi makam dan tinggalan Rasulullah SAW.

“Lebih indah lagi kerana saya akan pergi ke sana dengan band Exists nanti, terima kasih atas rezeki ini. Cuma saya mohon, dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menikmati peluang berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ajai turut melahirkan rasa teruja dan terharu kerana mendapat jemputan untuk menjadi tetamu Allah.

“Sesungguhnya saya sangat teruja dan terharu atas rezeki ini  berpeluang untuk menjejak kaki ke Tanah Suci. Terima kasih kepada Darmina Revolution atas peluang ini.

“Sekalung penghargaan juga saya ingin ucapkan kepada rakan-rakan Exists yang sama-sama meredah pelbagai cabaran di permulaan karier dalam industri.

“Tak diduga rezeki Allah, ditakdirkan kami akan bersama-sama ke Kota Makkah, Insya-Allah. Semoga Allah akan permudahkan segala urusan kami semua daripada mula hinggalah ke akhir ibadah,” kata Ajai.

Jika ada yang berminat untuk menunaikan umrah bersama Exists, harga yang ditawarkan adalah serendah RM8,500 (bilik berempat), RM9,100 (bilik bertiga) dan RM9,500 (bilik berdua).

Perjalanan ke sana adalah menerusi penerbangan Saudi Air dan bakal menginap di Hotel Dar Ieman, Makkah dan di Hotel Artal International, Madinah.

Untuk keterangan lanjut mengenai pakej ‘Umrah Langkah Seiringan Exists’ hubungi talian +60 16-432 8793 atau e-mel ke darmina.revolution@gmail.com

The post Umrah Langkah Seiringan bersama Exists Januari depan appeared first on MaxInfo.