The Alleycats Archives - MaxInfo

Lancar EP terbaru “Legasi”, Dasha tampilkan David Arumugam The Alleycats
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan penulis lagu, Dasha, dengan bangganya mengumumkan pelancaran EP terbaru bertajuk “Legasi”.

EP ini kini sudah boleh didengari di semua platform penstriman utama, dan turut mempersembahkan klip video rasmi yang telah dilancarkan pada majlis pelancaran istimewa di VOX KL, baru-baru ini.

Klip video lagu-lagu berkenaan juga kini boleh ditonton di YouTube.

“Legasi” adalah sebuah karya peribadi yang menonjolkan kolaborasi istimewa dengan Dato’ David Arumugam, vokalis legenda kumpulan The Alleycats.

EP ini juga mempersembahkan susunan muzik indah oleh Melina Williams dan diterbitkan dengan sentuhan kreatif oleh Rozhan Razman.

EP ini mengandungi lima lagu yang pasti akan menyentuh hati pendengar, antaranya Jika Kau Bercinta Lagi (lengkap dengan video muzik eksklusif), Senandung Semalam, Seribu Bintang, Andainya Aku Pergi Dulu Sebelum Mu dan Sampaikanlah Salam.

Dasha berkata, Legasi adalah sebuah penghormatan kepada perjalanan muziknya yang dipengaruhi oleh warisan keluarga dan tradisi.

“Saya amat teruja dapat bekerjasama dengan Dato’ David Arumugam, seorang ikon muzik Malaysia, serta Melina Williams dan Rozhan Razman, yang masing-masing telah membawa keunikan mereka ke dalam projek ini. Hasilnya adalah karya yang penuh jiwa dan semangat,” katanya.

Berkongsi pengalamannya dalam menyanyikan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh mendiang Dato’ Loganathan Arumugam, ayahnya yang juga anggota The Alleycats, Dasha berkata, tidak ramai yang berpeluang mendengar suara orang tersayang selepas mereka tiada.

“Bagi saya, ini adalah satu rahmat dan juga ujian. Menyanyikan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh ayah saya amat sukar secara emosi, dan Andainya Aku Pergi Dulu Sebelum Mu adalah lagu yang sangat dekat di hati saya,” katanya.

Walaupun lagu berkenaan menguji emosinya, Dasha berkata lagu itu mengingatkan dirinya tentang kehadiran ayahnya dan warisan muzik yang ditinggalkan.

“Alleycats juga mempunyai banyak lagu yang mendahului zamannya, dan saya berharap dapat menghasilkan semula karya mereka di masa hadapan,” katanya.

Berbicara tentang pemilihan lagu untuk EP ini, Dasha berkata, Alleycats mempunyai banyak lagu yang hebat serta permata tersembunyi dalam koleksi muzik mereka dari pelbagai album.

“Dalam memilih lagu-lagu ini, saya berharap ia akan membangkitkan minat dan emosi terhadap apa yang ingin saya lakukan, iaitu menghidupkan semula beberapa lagu yang kurang popular seperti Cahaya Keinsafan, Dengar Lihat Fikir, Dimana dan banyak lagi,”  kata Dasha.

Dia menambah, lagu-lagu ini sudah lama dekat di hatinya dan mungkin juga di hati ramai orang.

Video muzik untuk lagu utama, “Jika Kau Bercinta Lagi”, ditayangkan buat pertama kali semasa majlis pelancaran.

Selain itu, Dasha turut mempersembahkan lagu-lagu dari EP ini secara langsung dalam sebuah persembahan istimewa, yang pastinya memikat hati para media dan hadirin yang hadir.

“Harapan saya adalah untuk menghargai legasi muzik Alleycats, menghidupkan semula lagu-lagu yang terlupa, menyentuh hati pendengar, dan menghasilkan muzik abadi yang memberi inspirasi dan makna,” katanya.

Dengan pelancaran EP “Legasi” ini, Dasha tidak hanya merayakan perjalanan muzik keluarganya, tetapi juga meneruskan legasi besar Alleycats dan ayahnya melalui karya yang penuh emosi ini.

Penyampaian seni yang berterusan dan penuh makna ini pastinya akan memberi impak besar kepada peminat muzik tanah air.

The post Lancar EP terbaru “Legasi”, Dasha tampilkan David Arumugam The Alleycats appeared first on MaxInfo.