tanpa paku Archives - MaxInfo

Rumah kayu tanpa paku berusia 88 tahun di Temerloh jadi tarikan orang ramai
editormaxinfo@gmail.com

TEMERLOH – Walaupun nampak usang, rumah kayu yang tersergam dan kelihatan masih kukuh di Kampung Chengal, Batu Satu, Jalan Temerloh-Mentakab, Pahang ini, kerap kali membuatkan sesiapa melewati kawasan itu akan menoleh oleh kerana keunikan reka bentuknya.

Rumah kayu berusia 88 tahun itu sarat dengan ciri tradisional masyarakat Melayu Kampar yang berasal dari Riau, Sumatera.

Rumah ini dikenali sebagai ‘Rumah Warisan Tok Taib dan Nayan’ kini, didiami generasi ketiga dan keempat keluarga berkenaan.

Cucu Tok Taib, Anisah Ramli, 62, berkata rumah itu dibina oleh arwah datuknya, Taib Abdullah, pada 1936 sebelum meninggal dunia enam tahun kemudian dan diwarisi oleh ayahnya, Ramli Taib.

Arwah datuknya berasal dari Kampung Sepunggok, Salor, Bangkinang, Sumatera yang juga antara pengasas kampung itu.

“Seperti pernah diceritakan arwah datuk, beliau sendiri menebang kayu-kayu di hutan Kampung Tuala untuk membuat tiang kayu rumah ini.

“Arwah menggunakan kerbau membawa kayu ke tapak pembinaan dan proses pemotongan serta pembentukan kayu dilakukan secara manual,” katanya.

Rumah ini menggunakan kayu cengal, merbau dan dibina secara pasak tanpa menggunakan paku.

Beliau juga anak ke empat daripada sembilan beradik berkata, sebanyak 12 tiang didirikan dan kekerasan kayu tiang itu dapat dilihat apabila diketuk menggunakan paku akan mengeluarkan percikan api.

Kata Anisah rumah terletak di atas bukit itu, kini didiami adik kelapan, Idham Khalid, 47, bersama isterinya, Rusnita Abdullah, 42, serta tiga anak mereka.

Rumah sentiasa sejuk walaupun cuaca panas

Katanya, rumah itu juga terselamat ketika banjir besar melanda Pahang pada 1971 serta beberapa siri banjir sebelum ini.

“Paras air hanya pada di bawah lantai ketika itu dan sering kali rumah ini juga menempatkan mangsa banjir sekitar kampung ini.

“Keunikan rumah ini juga ia sentiasa sejuk walaupun ketika cuaca panas dan kalau dulu memang tidak perlu gunakan kipas atau penyaman udara,” katanya.

Anisah dan keluarganya mengalu-alukan sumbangan mana-mana pihak bagi tujuan pemuliharaan rumah itu yang disifatkan kini, menjadi tarikan di Temerloh.

Idham pula berkata, beberapa pengubahsuaian rumah itu dilakukan beberapa kali dan terakhir pada 1996.

Katanya, beberapa pelajar jurusan seni bina dari beberapa institusi pengajian tinggi datang untuk membuat kajian.

“Kali terakhir pada 2008, pelajar Politeknik Kuantan meluangkan masa beberapa bulan membuat kajian rumah ini.

“Ada yang fikir rumah ini tiada penghuni dan ada juga yang datang mengambil gambar kerana tertarik dengan seni binanya,” kata bapa kepada tiga anak perempuan berusia 12 hingga 18 tahun ini. -Berita Harian

The post Rumah kayu tanpa paku berusia 88 tahun di Temerloh jadi tarikan orang ramai appeared first on MaxInfo.