Siti Saleha Archives - MaxInfo

Siri Tonton Original, ‘SeOfis’ iktiraf Siti Saleha pada anugerah antarabangsa di Seoul
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR –  Beberapa jam yang lalu, Siti Saleha, pelakon versatil wanita yang sering mendominasi pentas anugerah tempatan, melakar sejarah baharu apabila beliau telah dinobatkan sebagai pemenang kategori Outstanding Asian Star, di Seoul International Drama Awards 2024 (SDA).

Majlis gilang-gemilang ini telah bersiaran secara langsung dari Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan menerusi saluran SBS TV dan boleh distrim melalui saluran YouTube rasmi SDA.

Majlis berprestij ini telah berlangsung pada petang tadi, bermula jam 4 petang (waktu Malaysia) dengan menyaksikan kemenangan gemilang Siti Saleha, sekaligus membawa nama Malaysia bersinar di pentas antarabangsa.

Kemenangan ini membawa makna besar bukan sahaja kepada Siti Saleha, tetapi juga industri hiburan Malaysia secara keseluruhan apabila kali terakhir Malaysia meraih penghargaan dalam kategori ini adalah pada tahun 2017.

Kemenangan Siti Saleha bukan sahaja telah membanggakan negara, tetapi juga memperkukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang pelakon terbaik di Malaysia.

Siti Saleha berjaya membuktikan bahawa bakat dan dedikasinya dalam bidang seni lakonan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Prestasi beliau dalam drama Tonton Original Series: SeOfis telah memikat hati penonton, menonjolkan bakat dan dedikasi luar biasanya terhadap lakonan.

Drama ini juga diiktiraf sebagai salah satu daripada dua drama teratas pilihan pengguna Tonton, memperkukuhkan reputasinya dengan kualiti produksi yang sangat bermutu tinggi.

“Terima kasih, Seoul International Drama Awards. Ini untuk Malaysia. Saya sangat bersyukur atas pengiktirafan ini dan saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Tonton dan TV3 Malaysia kerana sentiasa menyokong hasil kerja saya.

“Sokongan yang diperoleh ini menjadikan kemenangan kepada realiti. Memenangi trofi ini untuk ‘SeOfis’ adalah impian yang menjadi kenyataan, dan membawa pulang kemenangan pertama Malaysia dalam kategori ini sejak 2017 adalah kemenangan yang sangat membanggakan.

“Kepada pelakon, kru, dan semua yang menjayakan drama ini, ini adalah untuk anda semua dan kepada peminat saya, sokongan anda sangat berharga,” katanya.

Melalui peranannya sebagai Samirah atau Sam dalam ‘SeOfis’, Siti Saleha berhasil memukau penonton dengan mempamerkan lakonan dari sisi yang berbeza.

Karakternya yang kuat, dan penuh semangat menjadi inspirasi bagi ramai wanita. Kemenangan ini adalah bukti nyata bahawa bakat dan kerja keras Siti Saleha telah diakui di peringkat antarabangsa.

‘SeOfis’, yang menggandingkan Siti Saleha bersama Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, dan Fahrin Ahmad, mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh tiga wanita berkerjaya di usia 30-an yang berlainan personaliti dalam menghadapi pelbagai cabaran karier dan kehidupan peribadi di ibukota.

Dengan jalan cerita yang menyentuh soal persahabatan, impian, dan cinta, drama ini bukan sahaja berjaya mencuri perhatian penonton, malah mengukuhkan kedudukan Siti Saleha sebagai antara pelakon terbaik negara.

Kejayaan ini membuka lembaran baru untuk Siti Saleha, yang berharap agar terus melakar lebih banyak pencapaian di peringkat antarabangsa.

Sebagai bintang yang sentiasa bersinar, beliau turut berazam untuk menjadi inspirasi kepada pelakon muda dan generasi baharu dalam industri seni tanah air.

Kemenangan ini adalah satu lambang bahawa dunia seni lakonan Malaysia semakin mendapat pengiktirafan global, dan Siti Saleha kini boleh berdiri megah sebagai ikon seni Malaysia di pentas dunia.

The post Siri Tonton Original, ‘SeOfis’ iktiraf Siti Saleha pada anugerah antarabangsa di Seoul appeared first on MaxInfo.

Siti Saleha wakili Malaysia menerusi Seoul International Drama Awards 2024
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita popular, Siti Saleha tercalon dan kini berada di kedudukan teratas dalam undian bagi kategori Outstanding Asian Star di Seoul International Drama Awards 2024 (SDA), hasil daripada sokongan kuat peminat di seluruh Asia.

Lakonan mantapnya dalam Tonton Original, SeOfis, telah memikat hati penonton, menjadikannya calon pilihan utama dalam anugerah ini.

Majlis penganugerahan yang dinantikan ini akan berlangsung pada 25 September 2024 di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.

Siti Saleha berkata, dia merasa sangat terkejut dan bersyukur dengan pencalonan ini.

“Saya benar-benar tidak menyangka akan dicalonkan untuk anugerah berprestij ini, apatah lagi untuk kategori yang sangat besar seperti Outstanding Asian Star.

“Ini adalah pengiktirafan yang sangat bermakna buat diri saya, dan saya berasa amat bertuah menerima sokongan yang begitu luar biasa dari peminat di seluruh Asia.

“Saya harap pencalonan ini akan membuka lebih banyak peluang untuk saya serta rakan-rakan artis di Malaysia meneroka pasaran antarabangsa,” katanya.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, Seoul International Drama Awards berperanan penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya melalui drama, dan kini menjadi platform global yang meraikan bakat-bakat dari seluruh dunia.

Bagi tujuan menghargai pelakon yang menyerlah dalam industri drama sepanjang tahun lalu, Trofi Outstanding Asian Star akan ditentukan melalui proses undian secara global dan kategori ini akan menampilkan tujuh pemenang daripada 6 negara iaitu Korea (Lelaki & Perempuan), Thailand, Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia.

Pemenang dipilih berdasarkan undian peminat dari seluruh dunia melalui aplikasi IDOL CHAMP, dengan tempoh undian berlangsung dari 15 Jun 2024 hingga  14 Julai 2024.

Siti Saleha berkata, pencalonan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan untuk dirinya, tetapi juga buat industri seni tanah air.

“Semua anak seni tanah air pastinya mengimpikan kemenangan di pentas antarabangsa tambahan berkongsi pentas yang sama bersama artis antarabangsa yang lain.

“Ini adalah satu perkara yang besar dan membanggakan kerana kita bukan sekadar mewakili negara tetapi ia juga satu merupakan satu peluang untuk membuktikan bahawa bakat-bakat di Malaysia ini boleh mengembangkan sayap mereka di peringkat antarabangsa.

“Menerusi anugerah ini juga, ia akan menjadi satu titik permulaan bagi sesuatu yang lebih hebat,” katanya.

Kali terakhir Malaysia meraih kemenangan dalam kategori ini adalah pada tahun 2017. Pencalonan Siti Saleha dalam kategori ini membawa harapan besar negara dengan keunggulannya di peringkat antarabangsa dan ia juga memperkukuh lagi kedudukannya sebagai salah seorang pelakon terbaik di Malaysia.

Siri SeOfis mengisahkan tentang cabaran dunia korporat menerusi pertembungan tiga personaliti wanita berkerjaya di usia 30-an yang akhirnya membentuk satu ikatan persahabatan bagi mengharungi suka duka, cita-cita dan cinta di ibu kota.

Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat yang lain seperti handalan Malaysia seperti Siti Saleha, Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, Fahrin Ahmad dan ramai lagi.

The post Siti Saleha wakili Malaysia menerusi Seoul International Drama Awards 2024 appeared first on MaxInfo.