sambutan Aidilfitri Archives - MaxInfo

Tiada sambutan Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini
editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bercadang untuk membuat sebarang majlis sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya di Seri Perdana tahun ini, sebaliknya hanya mahu mengikuti sambutan anjuran kementerian di negeri-negeri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan harus mengamalkan langkah berjimat cermat, dan beliau mahu supaya tindakan itu dicontohi oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.

Sehubungan itu beliau menggesa setiap agensi dan kementerian, terutama sekali Kementerian Kewangan supaya tidak bermegah dalam mengadakan majlis sambutan Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi.

“Janganlah bersaing siapa lebih megah, bukan duit kamu pun,” beliau berkata ketika berucap pada perhimpunan warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Sementara itu Anwar berkata keputusan kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam dibuat selepas mengambil kira kos sara hidup yang diakui sedikit meningkat ketika ini, selain memenuhi keperluan untuk menyambut Aidilfitri.

“Malam Ahad saya fikir mengenai BKK itu dan nak tidur pun terganggu. Jadi saya fikir bagi jelah sikit kurang-kurang reda sikit beban dan kerja pun semangat. Harap kita belanja dengan cermat dan berhemat,” katanya.

Anwar mengakui agihan bantuan RM2,000 (Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) kepada penjawat awam bulan lalu, tidak dapat menampung keperluan sedia ada.

“Saya telah jelajah ke Sarawak, Pahang, Perak dan Perlis, saya lihat masih ada penjawat awam di peringkat bawah mengeluh kerana kos sara hidup yang meningkat sedikit,” katanya.

Semalam Anwar mengumumkan BKK Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini, di samping BKK Aidilfitri RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Anwar turut menggesa semua agensi, badan-badan berkanun kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk mengumumkan bantuan sama kepada pekerja mereka.

“Kalau boleh bagilah pertimbangan untuk ratusan ribu pekerja di bawah supaya mereka dapat habuan untuk meringankan beban bagi sambut Aidilfitri,” katanya. -Bernama

The post Tiada sambutan Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini appeared first on MaxInfo.

Melawati Mall meraikan sambutan Aidilfitri dengan tema ‘Fabulous Floral Raya’, berlangsung dari 9 Mac Hingga 21 April
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Sempena kedatangan Hari Raya ini, raikan detik kegembiraan Aidilfitri di Melawati Mall dengan pelbagai aktiviti dan ganjaran membeli-belah termasuk pertunjukan fesyen Raya yang menampilkan koleksi terkini daripada jenama fesyen terkenal.

Bertemakan ‘Fabulous Floral Raya’, pertunjukan fesyen kali ini membabitkan jenama seperti Fana Couture, Elrah Exclusive, Gene Martino, WHIP, Truly Asia, Colegacy, Ducati dan banyak lagi.

Dari 9 Mac hingga 21 April, pembeli juga dipamerkan dengan koleksi dan promosi Raya baharu yang menarik daripada pelbagai jenama.

Acara yang berlangsung di Centre Court ini menampilkan MC Vogue, Love Trisha, Orchid Classic, Ababil, Hollakidz, Elrah Exclusive, Istana Kaftan, FANA Couture dan banyak lagi.

Di sini anda boleh membeli baju kurung yang anggun, pelbagai aksesori, minyak wangi dan juga hamper Raya. Kelengkapan ini juga boleh dijadikan hadiah yang sempurna untuk meraikan semangat Raya tahun ini.

Bersempena dengan tema ‘Fabulous Floral Raya’, Melawati Mall dihiasi dengan hiasan perayaan yang diilhamkan daripada corak bunga yang terdapat dalam tekstil tradisional Arab.

Motif dan corak ini digabungkan dengan elemen reka bentuk moden, sekaligus dapat mencipta latar belakang yang cukup indah.

Pelancaran Pertunjukan Fesyen Raya pada 8 Mac lalu sebagai memulakan kemeriahan perayaan Aidilfitri tahun ini.

Melawati Mall dengan bangganya membawakan acara kemuncak iaitu Pelancaran Pertunjukan Fesyen ‘Fabulous Floral Raya’ yang berlangsung pada tarikh sama di  GF, Meranti Court.

Selain dapat melihat pelbagai gaya dan fesyen bertemakan Raya dari jenama fesyen tempatan, tetamu dapat menikmati persembahan tarian Bunga Raya dan persembahan Dikir Barat.

Acara menarik ini juga menandakan permulaan kempen perayaan “Fabulous Floral Raya” Melawati Mall yang menampilkan gubahan bunga yang mekar mempersona dan hiasan pentas yang diilhamkan oleh seni bina Arab.

Paparan yang menawan ini sedikit sebanyak akan membangkitkan suasana Raya yang indah buat semua pengunjung.

Ganjaran Membeli Belah Fabulous Floral Raya

Melawati Mall tidak lupa untuk menyediakan promosi menarik dan ganjaran buat pembeli. Dari 9 Mac hingga 14 April, pembeli berpeluang memenangi hamper Fabulous Floral Raya bernilai sehingga RM500 melalui Cabutan Bertuah Raya.

Untuk menyertainya, pembeli hanya perlu berbelanja dengan minimum sebanyak RM150 di mana-mana kedai di Melawati Mall. Pemenang bertuah akan diumumkan pada 18 April melalui saluran media sosial rasmi Melawati Mall.

Pembeli juga boleh menebus paket Fabulous Floral Raya eksklusif dengan perbelanjaan minimum RM150 dalam satu resit, dan Batik Raya Melawati Mall khas dengan perbelanjaan minimum RM350 dalam maksimum dua resit.

Sorotan Perayaan

Sepanjang Hari Raya ini, nantikan pelbagai persembahan menarik di Melawati Mall seperti Tarian Bunga Raya dan Dikir Barat.

Khusus untuk kanak-kanak pula, usah lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti eksklusif kelab kanak-kanak (MMKIDZONE) yang diadakan pada hujung minggu.

Terdapat aktiviti untuk seisi keluarga termasuk seni anyaman Raya dan bengkel membuat paket Raya yang diadakan setiap hujung minggu serta pertandingan mewarna menarik yang akan berlangsung pada 30 dan 31 Mac di tingkat dua, MMKIDZONE Utara.

Untuk menyertai semua aktiviti ini, hanya daftar sebagai ahli kelab kanak-kanak (4 hingga 12 tahun) di ruang acara secara percuma.

Dari 26 Mac hingga 9 April, terdapat juga Bazar Ramadan yang berlangsung di Pintu Masuk Selatan yang menawarkan juadah berbuka puasa yang lazat, aksesori fesyen dan banyak lagi.

The post Melawati Mall meraikan sambutan Aidilfitri dengan tema ‘Fabulous Floral Raya’, berlangsung dari 9 Mac Hingga 21 April appeared first on MaxInfo.