Rohingya Archives - MaxInfo

Isu Rohingya: Raj Manickam gesa rakyat Malaysia kekalkan perpaduan
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia digesa agar terus memelihara perpaduan dan mengelakkan sebarang bentuk perpecahan yang boleh menjejaskan keharmonian negara, khususnya dalam mendepani isu berkaitan pelarian Rohingya yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

Presiden Bersekutu Gasura Malaysia, Datuk Seri Raj Manickam berkata, rakyat Malaysia perlu berganding bahu tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang demi memastikan keamanan serta kestabilan negara terus terpelihara.

Katanya, budaya saling membenci dan mengkritik sesama sendiri hanya akan membuka ruang kepada pihak luar untuk mengambil kesempatan terhadap kelemahan dan perpecahan yang berlaku dalam masyarakat.

“Jika kita terus berpecah-belah dan saling membenci antara kaum serta agama, pihak yang akan mendapat keuntungan adalah golongan luar.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersatu dan mempertahankan keharmonian yang telah dibina sejak sekian lama,” katanya pada sidang Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Sekretariat NGO (JEJAK) Peringkat Kebangsaan bagi Menangani Isu Pelarian dan PATI di Pusat Perniagaan Tunku Abdul Rahman (TARBIZ), hari ini.

Raj Manickam turut mendakwa terdapat pandangan daripada segelintir individu dalam komuniti Rohingya yang melihat perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai satu kelemahan yang boleh dimanfaatkan.

Beliau berkata perkara itu sewajarnya menjadi peringatan kepada semua pihak agar tidak terjebak dengan polemik yang boleh menggugat perpaduan nasional.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan bahawa keamanan negara adalah tanggungjawab bersama yang perlu dipelihara oleh semua rakyat.

Justeru, beliau menggesa masyarakat supaya tidak mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi atau melakukan kritikan melampau yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama.

Beliau berkata konsep perpaduan yang membabitkan masyarakat Melayu, Cina, India, penduduk Sabah dan Sarawak serta komuniti Orang Asli perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan makmur.

Mengulas mengenai isu pelarian Rohingya yang semakin hangat diperkatakan, Raj Manickam berkata, pihaknya bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang merangka pelbagai langkah bagi membantu kerajaan menangani isu berkenaan secara lebih berkesan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Sekretariat Gasura, Datuk Ridzuan Abdullah, yang disifatkan memainkan peranan penting dalam membantu menggerakkan usaha menangani pelbagai isu masyarakat, khususnya di kawasan Selayang.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Imigresen Malaysia atas tindakan penguatkuasaan yang dijalankan baru-baru ini di kawasan Pasar Borong Selayang.

Menurut beliau, hasil perbincangan bersama NGO-NGO tempatan dan wakil masyarakat, satu memorandum rasmi akan disediakan di bawah payung Bersekutu Gasura Malaysia untuk diserahkan kepada pihak berkaitan dalam masa terdekat.

Memorandum itu bertujuan mengemukakan cadangan serta pandangan berhubung pengurusan isu pelarian Rohingya di negara ini.

Raj Manickam berkata beliau juga telah mengadakan beberapa siri pertemuan bersama penduduk setempat, penjawat awam serta pihak berkuasa di Selayang bagi mendapatkan maklum balas mengenai situasi semasa yang dihadapi masyarakat.

Menurut beliau, kawasan Selayang antara lokasi yang mempunyai kepadatan komuniti Rohingya yang tinggi dan memerlukan perhatian berterusan daripada semua pihak.

Sehubungan itu, beliau yakin langkah-langkah yang sedang dirancang oleh pihak berkuasa akan memberi kesan positif dalam jangka masa panjang serta dihargai oleh penduduk setempat.

Dalam usaha membantu agensi penguat kuasa, beliau turut memaklumkan bahawa satu pasukan khas membabitkan golongan belia dan sukarelawan masyarakat telah dirangka bagi membantu menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan isu-isu yang berlaku di kawasan terbabit.

Katanya, inisiatif itu bukan bertujuan mengambil alih peranan penguat kuasa, sebaliknya membantu meningkatkan kerjasama antara masyarakat dan pihak berkuasa dalam menangani pelbagai isu sosial yang timbul.

Menyentuh mengenai aktiviti ekonomi di Pasar Borong Selayang, beliau mendakwa terdapat segelintir individu yang dipercayai menjalankan aktiviti perniagaan tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, sebarang dakwaan berkaitan kegiatan yang melanggar undang-undang perlu disiasat secara menyeluruh oleh pihak berkuasa sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

“Sebarang maklumat yang diterima perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Kita tidak mahu membuat tuduhan tanpa bukti yang sahih.

“Apa yang penting ialah memastikan undang-undang dipatuhi oleh semua pihak tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Katanya, Bersekutu Gasura Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai suara rakyat dalam mengangkat isu-isu berkaitan keselamatan, keharmonian masyarakat dan kesejahteraan negara melalui pendekatan yang berlandaskan undang-undang serta semangat perpaduan nasional.

The post Isu Rohingya: Raj Manickam gesa rakyat Malaysia kekalkan perpaduan appeared first on MaxInfo.