PRK Archives - MaxInfo

PRK KKB: Nambikkai Malaysia seru pengundi pilih PH
editormaxinfo@gmail.com

HULU SELANGOR – Nambikkai Malaysia menyeru pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) untuk menyokong serta mengundi Pakatan Harapan (PH) menjelang PRK yang akan berlangsung esok.

Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia, Dato’ Dr Kalai Vanar berkata, sebagai badan bukan kerajaan (NGO), pihaknya tidak memihak kepada mana-mana parti politik, namun berharap rakyat bijak memilih pemimpin yang dirasakan layak mentadbir tempat mereka.

“Melihat Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir kawasan ini sebelum ini, tidak banyak kerja yang mereka lakukan dalam membantu mengatasi masalah rakyat terutamanya membabitkan infrastruktur dan kemudahan di kawasan ini.

“Dengan situasi yang berlaku, rasanya tidak salah jika kita beri peluang kepada pihak lain iaitu PH pula untuk mentadbir.

“Oleh itu, saya berharap pengundi yang akan keluar mengundi esok bijak memilih pemimpin yang selayaknya.

“Kita harap PH akan menang pada PRK kali ini. Saya juga yakin bangsa India di sini akan menyokong dan mengundi PH,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi lawatan melihat situasi kempen PRK di Hulu Selangor, hari ini.

PRK KKB yang akan berlangsung esok itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (PH), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Sementara itu, mengulas pemilihan calon PH, Dr Kalai berkata, beliau percaya dengan kredibiliti yang dimiliki oleh Sock Tao.

“Setiap calon yang dipertandingkan saya yakin mempunyai kaliber dan berharap calon PH mampu menarik perhatian rakyat untuk menang.

“Rekod pengundi India di sini mngkin tidak ramai, tetapi saya yakin mereka akan mengundi PH,” katanya.

The post PRK KKB: Nambikkai Malaysia seru pengundi pilih PH appeared first on MaxInfo.

Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu
editormaxinfo@gmail.com

SHAH ALAM – Dakwaan kononnya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meluluskan tanah kepada syarikat sendiri adalah taktik terdesak menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, pihaknya sudah meneliti hantaran di laman Facebook berkaitan laporan polis oleh Badrulhisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berhubung dakwaan itu.

“Dakwaan beliau kononnya disokong dengan dokumen di mana kerajaan negeri Selangor memberikan 100.04 ekar tanah di Dengkil kepada Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd.

“Pejabat Menteri Besar Selangor terbuka dan sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi usaha membersihkan nama Menteri Besar Selangor berkaitan dakwaan mengkal ini.

“Saya sepenuhnya meyakini bahawa dakwaan ini adalah sejenis episod tuduhan ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan episod yang diputar belit sewaktu Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15 yang menyaksikan penuduh kini menghadapi tindakan saman daripada Menteri Besar sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Saifuddin berkata taktik ini tidak lain adalah cubaan terdesak pihak tertentu menjelang PRK DUN Kuala Kubu Bharu yang sangat mudah dibaca jalan cerita dan skripnya.

Katanya, pihaknya mengenalpasti beberapa fakta salah dan tersasar melalui hantaran beliau terdahulu.

“Kami dengan segala hormatnya mengalu-alukan beliau untuk menyertai kelompok individu yang akan disaman sebagaimana yang sedang dihadapi oleh seorang kenamaan di negeri utara tanah air pada masa ini berikutan kedangkalan fakta dalam melancar serangan politik murahan,” katanya.

The post Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu appeared first on MaxInfo.

PN yakin menang PRK Kuala Kubu Baharu, pengundi muda jadi harapan
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) yakin mampu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Ketua Pemuda PN Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata keyakinan itu disandarkan kepada komposisi pengundi Melayu seramai 51 peratus yang cukup mesra terhadap PN.

Bukan sahaja sokongan pengundi Melayu, malah kepercayaan yang tinggi anak-anak muda terutama undi 18 tahun yang cukup dekat dengan teknologi membuatkan mereka mudah terdedah dengan maklumat untuk dibandingkan, dan akhirnya akan cenderung memilih PN.

“Buktinya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos 2023, DAP hanya mendapat tambahan 761 undi berbanding pilihan raya sebelumnya manakala PN menerima pertambahan sebanyak 7,437 undi (PRU-14 bertanding atas tiket PAS),” katanya dalam satu kenyataan.

Kee Hiong, 58, yang menjadi ADUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013 meninggal dunia Isnin lalu selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lalu.

Pada PRN Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon PN, Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Mohamed Sukri berkata, kelebihan pertambahan undi lebih 10 kali ganda memberi isyarat jelas bahawa gelombang rakyat sedang mara bersama PN di DUN itu.

The post PN yakin menang PRK Kuala Kubu Baharu, pengundi muda jadi harapan appeared first on MaxInfo.