pelancongan Archives - MaxInfo

Trip.com dedah trend baharu pelancongan Asia Tenggara, pengalaman unik & percutian keluarga jadi pilihan utama
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan pelancongan global terkemuka, Trip.com Group, mendedahkan trend baharu yang semakin mempengaruhi landskap pelancongan di Asia Tenggara, dengan pelancongan berasaskan pengalaman dan percutian berorientasikan keluarga muncul sebagai pemacu utama pertumbuhan industri di rantau ini.

Pendedahan itu dibuat sempena penganjuran sulung acara Trip.Best Roadshow: Southeast Asia Travel Trends Unpacked yang berlangsung di Singapura, menghimpunkan pemain industri bagi membincangkan perubahan tingkah laku pelancong berdasarkan analisis data Trip.Best, platform cadangan pelancongan berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan kepakaran manusia oleh Trip.com.

Menurut data terkini, pelancong Asia Tenggara kini semakin cenderung memilih destinasi Asia Timur seperti Shanghai, Hong Kong, Tokyo dan Seoul.

Trend pelancongan berasaskan pengalaman turut mencatat lonjakan ketara apabila carian untuk aktiviti pelancongan meningkat sebanyak 808 peratus tahun ke tahun, manakala minat terhadap tarikan percutian beriklim sejuk atau cool escape attractions melonjak sehingga 1,941 peratus.

China turut menyaksikan peningkatan minat terhadap bandar-bandar baharu, dengan Chongqing muncul sebagai destinasi pilihan.

Bandar yang digelar ‘cyberpunk city’ itu mencatat pertumbuhan terpantas dalam kalangan pelancong Malaysia, dengan peningkatan paparan Trip.

Best sebanyak 448 peratus dan lonjakan tempahan mencecah 599 peratus tahun ke tahun, didorong oleh seni bina bandar berlapis, pemandangan unik, tarikan sejarah serta kepelbagaian gastronomi.

Bagi Malaysia, data Trip.Best menunjukkan negara ini berada pada kedudukan kukuh sebagai destinasi pelancongan utama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

China kekal sebagai penyumbang tertinggi ketibaan pelancong antarabangsa, diikuti negara serantau seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja, sekali gus mengukuhkan daya tarikan Malaysia di peringkat Asia Tenggara.

Pada masa yang sama, pelancongan domestik di Malaysia mencatat pertumbuhan 28 peratus tahun ke tahun, dengan Kuala Lumpur, Sabah, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak muncul sebagai destinasi paling popular.

Trend percutian berorientasikan keluarga turut menunjukkan peningkatan ketara apabila carian untuk “aktiviti keluarga” meningkat lebih 35 peratus, manakala tempahan hotel hujung minggu yang menawarkan aktiviti kanak-kanak meningkat lebih 28 peratus.

Pilihan penginapan dalam kalangan rakyat Malaysia juga didominasi oleh hotel mesra keluarga, diikuti hotel berkonsepkan pemandangan indah dan hotel ‘Instagrammable’, mencerminkan pengaruh elemen visual dalam keputusan percutian.

Selain itu, rakyat Malaysia turut dikenal pasti sebagai pembuat keputusan pantas, dengan purata hanya empat hari diambil untuk membuat tempahan penginapan, berbanding purata enam hari di peringkat Asia Tenggara.

Menurut Pengarah Kanan Serantau Asia Tenggara Trip.com, Edmund Ong, perubahan tingkah laku pengguna semakin jelas apabila pelancong kini lebih mementingkan pengalaman yang autentik dan bermakna.

Beliau berkata, dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya, percutian semakin dilihat sebagai medium untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui percutian singkat dan berkualiti.

Beliau turut menegaskan komitmen Trip.com untuk terus mempromosikan kepelbagaian produk pelancongan Malaysia menerusi platform seperti Trip.Best serta memperkukuh kerjasama tempatan bagi menyokong aspirasi negara sebagai hab pelancongan serantau.

Seiring peningkatan permintaan terhadap perancangan perjalanan yang lebih diperibadikan, Trip.com Group terus memperkasa penggunaan teknologi AI bagi memudahkan proses perancangan pelancongan.

Trip.Best berfungsi sebagai panduan berasaskan data yang memaparkan hotel, tarikan dan restoran terbaik, sekali gus membantu pelancong membuat keputusan yang lebih yakin dan tepat.

Sementara itu, Naib Presiden Trip.com Group, Sunny Sun, berkata peningkatan penggunaan Trip.Best turut diterjemahkan kepada kepuasan pengguna yang lebih tinggi, dengan Skor Promoter Bersih (NPS) di Malaysia dan Singapura mencatat peningkatan sebanyak 40 peratus tahun ke tahun.

Menurutnya, gabungan teknologi dan sentuhan kepakaran manusia membolehkan Trip.com menawarkan cadangan perjalanan yang boleh dipercayai, relevan dan masa nyata kepada pengguna.

Secara keseluruhan, dapatan ini mencerminkan perubahan landskap pelancongan Asia Tenggara yang semakin berfokus kepada pengalaman, kekeluargaan dan perancangan pintar, sekali gus membuka peluang baharu kepada Malaysia untuk memanfaatkan momentum menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

The post Trip.com dedah trend baharu pelancongan Asia Tenggara, pengalaman unik & percutian keluarga jadi pilihan utama appeared first on MaxInfo.

Loong Air lancar laluan terus Xi’an-Pulau Pinang, rancakkan sektor pelancongan
editormaxinfo@gmail.com

GEORGE TOWN – Loong Air, syarikat penerbangan yang semakin berkembang, hari ini melancarkan laluan baru yang menghubungkan Xi’an, China, dengan Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA), memberi sinar baru kepada sektor pelancongan kedua-dua destinasi.

Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin, berkata pembukaan laluan Xi’an-Pulau Pinang ini adalah hasil kerjasama strategik antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Laluan ini bukan hanya memperluaskan capaian antarabangsa Loong Air, tetapi juga menjadi hasil daripada usaha berterusan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing, semasa lawatannya ke China,” katanya selepas menyambut ketibaan penerbangan sulung di PIA.

Menurutnya, laluan terus ini bakal membuka pasaran barat laut China kepada Pulau Pinang dan merangsang kedatangan pelancong dari wilayah terbabit, sambil memberi peluang kepada pengembara untuk meneroka keindahan pelancongan tropika di Asia Tenggara.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk P. Manoharan, dan Naib Konsul Jeneral China ke Pulau Pinang, Ding Qiao.

Soon Hin juga menekankan proses permohonan laluan baharu oleh syarikat penerbangan asing kini lebih dipermudahkan berikutan kerjasama erat antara MOT dan pihak berwajib.

“Kami berterima kasih kepada Loong Air dan semua rakan kerjasama, khususnya dari Xi’an, yang telah menjadikan laluan ini satu kenyataan.

“Usaha mereka amat penting menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, yang bertujuan memastikan Malaysia terus menjadi destinasi utama pelancongan,” katanya.

Kerajaan Malaysia juga memperkenalkan dasar bebas visa hingga Disember 2026, yang dijangka memberi lonjakan kepada ketibaan pelancong dan memperkukuhkan lagi hubungan budaya dengan China.

Laluan baharu ini akan menggunakan pesawat Airbus A320 yang dijadualkan beroperasi dua kali seminggu, pada hari Isnin dan Jumaat, dengan kapasiti 168 tempat duduk.

Penerbangan GJ8005 akan berlepas dari Xi’an pada 1.30 tengah hari (waktu tempatan) dan tiba di Pulau Pinang pada 7 malam, manakala penerbangan balik GJ8006 akan berlepas dari Pulau Pinang pada 8 malam dan tiba di Xi’an pada 12.50 tengah malam (waktu tempatan) keesokan harinya.

Dengan inisiatif ini, diharapkan laluan Xi’an-Pulau Pinang dapat memperkukuhkan hubungan ekonomi dan budaya antara Malaysia dan China, serta memperkaya pengalaman pelancong dari kedua-dua negara.

The post Loong Air lancar laluan terus Xi’an-Pulau Pinang, rancakkan sektor pelancongan appeared first on MaxInfo.

Babit 22 kaum dan etnik, Unity Parade KL sasar lebih 20,000 penyertaan
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Lebih 20,000 penyertaan disasarkan sempena menjayakan program Unity Parade Kuala Lumpur 2024 yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Februari ini.

Acara berbentuk perarakan itu akan bermula pada jam 5 petang di Dataran Merdeka membabitkan lima hentian utama iaitu Pasar Seni, pusat beli-belah komuniti kreatif GMBB, Jalan Alor, pusat beli-belah Lot 10 serta Berjaya Times Square dan berakhir di Lalaport BBCC.

Perarakan itu adalah antara pengisian program anjuran Unity Parade dan Kuala Lumpur Society dengan kerjasama rakan strategik Kementerian Perpaduan Negara, Kuala Lumpur Prosperity Walk dan World Dragon and Lion Dance Extravaganza.

Pengarah projek Norrizan Abd Majid berkata, acara itu akan menampilkan pelbagai kumpulan agama, etnik, kebudayaan, kesenian dan muzik dengan berarak di sepanjang laluan sejauh 3.6 kilometer di ibu kota.

“Acara ini tercetus selepas melihat kejayaan sebuah komuniti tempatan menganjurkan Kuala Lumpur Prosperity Walk bagi meraikan sambutan Chap Goh Mei pada 2022 dan 2023.

“Perarakan ini akan menampilkan pelbagai keunikan elemen seni dan budaya masing-masing seperti persembahan kebudayaan, aktiviti dan pakaian tradisional serta kenderaan berhias,” katanya pada sidang media pelancaran program berkenaan, baru-baru ini.

Norrizan berkata acara itu dibuat sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan rakyat Malaysia turut memainkan peranan ampuh dan berterusan dalam memelihara keamanan, kerukunan serta semangat bersatu padu.

“Acara ini bukan sahaja dapat memupuk dan mengukuhkan semangat perpaduan, membentuk identiti nasional, membina rakyat yang patriotik dan demokratik tetapi juga boleh mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat setempat.

“Penyertaan aktif daripada pelbagai kaum ini juga sudah pasti akan membawa kepada masyarakat yang lebih bersemangat dan harmoni,” katanya.

Unity Parade Kuala Lumpur 2024 akan menampilkan lebih 10 aktiviti kebudayaan dan kemasyarakatan antaranya Unity Parade Kuala Lumpur Photo Competition dan Unity Parade Village sepanjang dua hari program berlangsung.

Program itu juga bakal dijadikan acara tahunan bagi mempromosi sektor pelancongan di ibu kota.

Bagi mereka yang berminat mengenai acara yang akan dijalankan atau ingin menyertai acara perarakan itu boleh mendaftar secara percuma di laman rasmi unityparade.my.

The post Babit 22 kaum dan etnik, Unity Parade KL sasar lebih 20,000 penyertaan appeared first on MaxInfo.

MOTAC cadang lancar pakej pelancongan mesra Muslim
KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang melancarkan pakej Pelancongan Mesra Muslim pada awal bulan depan bagi menarik lebih ramai pelancong Muslim ke negara ini khususnya dari Timur Tengah dan China yang mempunyai demografi penduduk Islam yang besar.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing, berkata pihaknya dan Pusat Pelancongan Islam (ITC) akan membuat perancangan segera berhubung perkara itu serta yakin langkah ini mampu dicapai melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang melakukan pemasaran di Asia, Timur Tengah dan Eropah.

“MOTAC juga memohon pihak yang terbabit mengadakan kursus dan latihan bulan ini menyasarkan pembabitan sekurang-kurangnya 200 peserta untuk mendapatkan sijil berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kursus itu bertujuan memberi pendedahan kepada pemain industri mengenai pasaran pelancongan Muslim yang memerlukan perhatian dalam menentukan pakej bersesuaian dan kompetitif untuk dijual di pasaran berkaitan.

Katanya, MOTAC juga bersedia menjalin kerjasama bagi membangunkan pakej mewah yang kreatif serta menarik seperti pelancongan golf dan perubatan.

Terdahulu, Tiong mengadakan pertemuan antaranya dengan Persatuan Penggalakan Pelancongan Inbound Cina Malaysia (MICA), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) serta Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA).

Pada pertemuan itu, beberapa perkara dibincangkan termasuk kaedah memperhebat promosi di peringkat antarabangsa, membangunkan pasaran mesra Muslim, mewujudkan konsensus industri serta memberikan subsidi dan bantuan kepada pengusaha pelancongan.

The post MOTAC cadang lancar pakej pelancongan mesra Muslim appeared first on MaxInfo.