Maybank Archives - MaxInfo

Maybank dan PETRONAS tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Maybank kembali mencatat kejayaan besar dengan tersenarai dalam kalangan 500 jenama paling berharga di dunia, bersama dengan PETRONAS, menurut laporan terkini oleh Brand Finance, perunding jenama global terkemuka.

Maybank mencatatkan kenaikan nilai jenama sebanyak 52 peratus, mencapai AS$5.2 bilion, berkat strategi yang memberi fokus kepada pengguna dan inovasi digital.

Kenaikan ini turut mencerminkan prestasi kewangan bank yang kukuh, dengan peningkatan dalam pendapatan bersih, pulangan atas ekuiti, dan keuntungan bersih.

Menurut Brand Finance, pelaksanaan strategi M25+ pada tahun 2023 telah memberikan impak positif yang besar terhadap jenama Maybank, meningkatkan keterlihatan, jaminan, dan daya tarikan jenama itu di pasaran.

Sebagai sebahagian daripada strategi ini, Maybank memberi tumpuan kepada pengukuhan keupayaan digital, memperkenalkan pemacu nilai baharu, serta memartabatkan amalan kelestarian dalam operasi perniagaannya.

Berdasarkan Indeks Kekuatan Jenama (BSI), Maybank berada di tempat ke-97 dalam kalangan jenama global terkemuka, meraih skor 85.8 daripada 100, dan mencatatkan penarafan kekuatan jenama AAA.

Sementara itu, PETRONAS, yang telah lama berada dalam ranking global, terus menunjukkan daya tahan meskipun nilai jenamanya mencatatkan sedikit penurunan sebanyak 1 peratus, iaitu AS$14.4 bilion.

Jenama ikonik Malaysia ini kekal di tempat ke-160 dalam senarai 500 jenama paling berharga dunia, sambil mengekalkan penarafan kekuatan jenama AAA-, walaupun skor BSI mereka susut sedikit kepada 84 daripada 100.

Menurut kaji selidik Brand Finance, PETRONAS terus dianggap sebagai jenama yang boleh dipercayai dan bernilai untuk wang, mengekalkan kedudukannya sebagai pemimpin dalam sektor tenaga di rantau ini.

Pengarah Urusan Asia Pasifik, Brand Finance, Alex Haigh berkata, kemasukan semula Maybank dalam Global 500 adalah bukti kejayaan strategi M25+ mereka yang berjaya meningkatkan daya tarikan jenama terbabit.

“Pada masa yang sama, PETRONAS terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama minyak dan gas paling berharga di Asia Tenggara, mengekalkan penguasaannya selama 14 tahun berturut-turut,” katanya.

Prestasi kukuh jenama-jenama ASEAN ini mencerminkan trend global dalam ranking Global 500 Brand Finance 2025, yang menyaksikan Apple kekal sebagai jenama paling berharga dunia dengan nilai jenama meningkat sebanyak 11 peratus kepada AS$574.5 bilion, mendahului pesaing terdekatnya, Microsoft, yang mencatatkan kenaikan 35 peratus kepada AS$461 bilion.

Selain itu, Google, jenama ketiga paling berharga, merekodkan kenaikan 24 peratus dalam nilai jenamanya, mencapai AS$413 bilion, terutamanya disokong oleh pelaburan berterusan dalam kecerdasan buatan (AI) yang telah memperkukuhkan reputasinya dalam inovasi.

Sementara itu, e&, jenama yang semakin mencuri perhatian, mencatatkan pertumbuhan 701 peratus dalam nilai jenama, mencecah AS$15.3 bilion, didorong oleh identiti jenama yang bersatu dan pengembangan global yang pesat.

Selain itu, WeChat terus mengekalkan gelarannya sebagai jenama terkuat di dunia, dengan mencapai skor indeks kekuatan jenama yang tiada tandingan iaitu 95.2 daripada 100.

Dengan kemasukan Maybank ke dalam ranking Global 500 dan kejayaan berterusan PETRONAS, Malaysia terus menunjukkan bahawa negara ini bukan sahaja mampu bersaing di peringkat global, tetapi juga menonjol dalam inovasi dan kepimpinan pasaran yang semakin kompetitif.

The post Maybank dan PETRONAS tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia appeared first on MaxInfo.

Maybank perkenal ciri Money Lock untuk lindungi wang pelanggan daripada penipuan
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Maybank telah memperkenalkan ciri keselamatan inovatif yang pertama di pasaran Malaysia, Money Lock, melalui aplikasi MAE.

Ciri baharu ini direka khas untuk melindungi wang pelanggan daripada ancaman penipuan dalam talian dengan membolehkan mereka mengunci dana dalam akaun simpanan atau semasa, menjadikannya tidak dapat diakses secara digital oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Syed Ahmad Taufik Albar, berkata, dengan adanya lapisan keselamatan tambahan ini, pelanggan boleh menikmati pengalaman perbankan dalam talian tanpa rasa bimbang tentang keselamatan kewangan mereka.

Melalui Money Lock, pelanggan diberikan kebebasan penuh untuk mengunci jumlah wang yang diingini di dalam akaun, bermula daripada RM10 hingga jumlah yang tersedia dalam akaun mereka.

Ciri ini membolehkan pengguna mengunci dana mereka dengan mudah, tanpa sebarang yuran tambahan, dan tanpa had pada bilangan kali pengaktifan.

“Maybank Singapura telah melancarkan ciri ini terlebih dahulu dan kejayaannya di sana mengukuhkan komitmen kami untuk meningkatkan keselamatan perbankan di seluruh rantau ini.

“Maybank juga menjadi bank pertama di Malaysia yang menyediakan kemudahan mengunci dana secara digital dalam akaun simpanan dan semasa,” katanya.

Salah satu kelebihan utama Money Lock adalah pelanggan masih dapat menikmati faedah atau keuntungan yang sama pada dana yang dikunci, seiring dengan baki dalam akaun mereka.

Ini memberi pelanggan lebih keyakinan untuk melakukan transaksi perbankan dalam talian tanpa risau tentang keselamatan wang mereka.

Untuk mengaktifkan Money Lock, pelanggan hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah: buka aplikasi MAE, pilih tab ‘Accounts’, dan pilih akaun simpanan atau semasa yang ingin dikunci. Kemudian, tekan ikon ‘Money Lock’, tentukan jumlah yang ingin dikunci, dan sahkan melalui Secure2u.

Dana yang telah dikunci hanya boleh dibuka atau dikurangkan setelah pengesahan dilakukan di mana-mana ATM atau cawangan Maybank.

Dengan pelancaran ciri ini, Maybank sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyediakan perkhidmatan perbankan yang selamat dan inovatif, memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan untuk menjalankan urusan kewangan mereka tanpa kebimbangan.

The post Maybank perkenal ciri Money Lock untuk lindungi wang pelanggan daripada penipuan appeared first on MaxInfo.

Good Foodie Media, Maybank dan PayNet perkenal keenakan hidangan tempatan kepada dunia
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Good Foodie Media Sdn Bhd, dengan kerjasama Maybank dan Payments Network Malaysia (PayNet) mengumumkan pelancaran Foodie Hawker Awards 2024.

Ia adalah sebuah inisiatif pengiktirafan penjaja tempatan yang pertama di Malaysia, bertujuan untuk meraikan budaya makanan jalanan Malaysia yang pelbagai sambil menyokong penjaja tempatan.

Inisiatif ini mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh dengan kepelbagaian kulinari, di mana setiap hidangan menceritakan kisah tradisi, budaya, dan cinta terhadap hidangan berkenaan.

Hidangan yang ditawarkan mempunyai gabungan harmoni pelbagai rasa daripada semua kaum, menciptakan pengalaman yang lazat untuk semua yang menikmati.

Hidangan popular seperti Nasi Lemak, Roti Canai, dan Satay, serta banyak lagi hidangan tempatan istimewa, menjadikan Malaysia sebagai syurga bagi penggemar makanan.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, “Gastro Diplomacy” atau Diplomasi Makanan berkata, makanan adalah salah satu tarikan utama untuk pelancong antarabangsa.

Malaysia menerima 20 juta pelancong pada tahun lalu dan menjadi destinasi utama di kalangan pelancong ASEAN, di mana ramai daripada mereka menyatakan bahawa makanan adalah salah satu sebab utama kunjungan mereka ke Malaysia.

UNESCO juga baru-baru ini mengiktiraf Kuching sebagai salah satu Bandar Gastronomi Kreatif, yang menonjolkan kekayaan dan kepelbagaian budaya makanan di Malaysia.

Negara ini juga mempunyai 50 restoran yang diiktiraf oleh Michelin di seluruh negara.

Food Hawker Awards 2024 bertujuan meraikan dan mengangkat industri makanan tempatan dengan pengumpulan undian daripada orang ramai bagi penjaja makanan kegemaran mereka.

Pemenang anugerah ini akan ditentukan melalui undian awam, di mana setiap pengundi hanya boleh mengundi satu penjaja sahaja bagi setiap negeri yang terbabit.

Kempen ini berlangsung dari 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2024 dan pemenang akan diraikan  dalam satu majlis anugerah pada Januari 2025.

Anugerah ini terbuka kepada semua peniaga makanan dan minuman yang beroperasi sebagai ‘penjaja’ termasuklah gerai tepi jalan, gerai makanan pasar, kedai kopi tradisional, dan trak makanan di seluruh negara.

Untuk menyertai kempen ini, penjaja mestilah sama ada peniaga Maybank QRPayBiz sedia ada atau daftar akaun Maybank QRPayBiz, dengan minimum 200 transaksi MAE QRPay sepanjang tempoh kempen.

Peniaga yang mengambil bahagian akan disenaraikan  di laman web Foodie Asia untuk diundi oleh rakyat Malaysia.

Semua peserta juga akan menerima pelekat “Featured on Foodie Hawker Awards 2024” untuk dipamerkan di gerai mereka.

Lebih menarik, peniaga yang terpilih berpeluang mendapat publisiti percuma di media sosial Foodie Asia dan Maybank, serta dalam sebarang kempen promosi ad-hoc yang dijalankan oleh MAE oleh Maybank2u.

Dari 15 September hingga 31 Disember tahun ini, pelanggan yang berbelanja minimum RM8 dengan Scan & Pay di aplikasi MAE di gerai yang dipaparkan dalam Foodie Hawker juga akan mendapat diskaun RM2 dengan menggunakan kod promo “MAEFHA2”.

Pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif Good Foodie Media, Nicholas Lim Pinn Yang berkata, Foodie Hawker Awards akan menjadi komitmen jangka panjang untuk memperkasa industri makanan tempatan yang meriah di Malaysia.

“Kami telah membantu PKS & penjaja untuk mempromosikan perniagaan mereka dalam talian, dan anugerah pengiktirafan adalah sesuatu yang saya ingin lakukan untuk industri F&B di Malaysia.

“Ia akan menjadi anugerah untuk rakyat Malaysia, dari rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Syed Ahmad Taufik Albar berkata, Maybank sentiasa aktif membantu penjaja tempatan dan perniagaan kecil berkembang melalui pelbagai inisiatif, seperti platform dalam talian tanpa komisen, Sama-Sama Lokal.

“Melalui pemerkasaan penjaja kami dengan QRPay di aplikasi MAE, kami mencipta ekosistem pembayaran tanpa tunai yang lancar yang akan membantu mengembangkan pangkalan pelanggan mereka.

“Sehingga hari ini, kira-kira 750,000 peniaga Malaysia menawarkan pembayaran tanpa tunai dengan QRPayBiz Maybank, di mana hampir separuh adalah PKS mikro.

“Kolaborasi ini juga akan diadaptasi dengan ciri rentas sempadan untuk pelancong dari Thailand, Singapura, China dan Indonesia.

“Dengan berjuta-juta pelawat setiap tahun dari negara-negara ini, QRPay akan menjadi pengubah permainan kewangan, untuk menyokong PKS mikro dan memacu transformasi digital,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan Bahagian Komersial PayNet Azrul Fakhzan Mainor pula berkata, kerjasama ini mengukuhkan komitmen mereka untuk memacu transformasi digital dan keterangkuman kewangan dalam kalangan PKS mikro.

“Dengan integrasi DuitNow QR, kami berhasrat untuk memperkasa penjaja tempatan, meningkatkan operasi perniagaan dan memperluas pangkalan pelanggan mereka.

“Di samping itu, ini juga akan menggalakkan adaptasi pembayaran tanpa tunai dalam kalangan PKS mikro, sekaligus meningkatkan peluang jualan dan pendapatan mereka.

“Secara kolektif, selain meraikan kepelbagaian dan keunikan makanan, kami juga memupuk ekosistem perniagaan tempatan yang berdaya maju, terhubung, dan mampan melalui pemerkasaan digital di Malaysia,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut dan mengundi peserta, layari laman sosial Foodie Hawker Awards 2024.

The post Good Foodie Media, Maybank dan PayNet perkenal keenakan hidangan tempatan kepada dunia appeared first on MaxInfo.