konsert Ella Archives - MaxInfo

Konsert ‘Jilid Akhir : Ella Puteri Kota’ ke Kota Kinabalu
editormaxinfo@gmail.com

KOTA KINABALU – Selepas kejayaan konsert ketiganya di Pulau Pinang pada 28 Oktober lalu dengan kehadiran hampir 14,000 orang penonton, ratu rock negara, Ella kini kembali untuk beraksi di hadapan ‘urang’ Sabah terutamanya yang berada di sekitar Kota Kinabalu.

Digelar konsert ‘Jilid Akhir : Ella Puteri Kita’ Kota Kinabalu, Ella bakal membuat persembahan keempatnya pada 20 Januari depan, bermula jam 8.30 malam, bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Mengambil petikan seusai konsertnya di Pulau Pinang, Ella berkata, rasa syukur atas sokongan padu daripada peminat yang membuatkan dia bersemangat untuk meneruskan siri jelajah ini.

“Bagi memuaskan hati semua pihak, kami akan ke Kota Kinabalu, Sabah pula dan tidak sabar rasanya untuk menghiburkan ‘urang’ di sana.

“Semoga peminat saya semua akan terhibur dan bahagia menyaksikan konsert saya nanti, pastinya sebuah pengalaman indah dan menjadi kenangan manis yang bakal dirindukan,” katanya.

Selain giat mempromosikan konsertnya, Ella juga aktif dalam bidang perniagaan produk RockQueen seperti abaya dan buku biografi yang bertajuk ‘Rockers Juga Manusia’.

Masih mengekalkan tema ‘Glam Rock’, konsert yang dijangkakan berlangsung sekitar lebih dua jam itu bakal disajikan dengan kira-kira 25 ke 30 buah lagu bergantung dengan permintaan peminatnya, dan pastinya ada artis jemputan yang masih dirahsiakan nama mereka sebagai kejutan.

Ella kini sedang menjalankan sesi latihan muzik beberapa kali seminggu bersama pengarah muzik, Datuk Acis serta aktiviti rutin kecergasannya demi membina stamina menuju hari konsert.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata, selepas kejayaan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil yang berjaya memecahkan rekod The Malaysia Book of Records dengan penjualan tiket ‘sold-out’ dalam masa 24 jam membuktikan bahawa Ella sememangnya ratu rock negara yang tiada tandingan.

“Demi menyahut permintaan peminat Ella yang tidak berpeluang menonton konsert tempoh hari, pihak Hitman Solutions sedaya-upaya memberikan kepuasan sepenuhnya kepada penggemar rock di Sabah pula, dan nantikan pengumuman kami yang seterusnya,” katanya.

Tiket-tiket boleh dibeli di www.hitmanlive.com dan jualan tiket fizikal di semua cawangan D’bundle Mania.

The post Konsert ‘Jilid Akhir : Ella Puteri Kota’ ke Kota Kinabalu appeared first on MaxInfo.

Rai ulang tahun ke-50, Setia anjur konsert bersama Ella
KUALA LUMPUR – Sempena meraikan ulang tahun ke-50, pemaju hartanah terkemuka, Setia bakal menganjurkan banyak program istimewa sebagai memperingati peristiwa penting  syarikat berkenaan.

Setia berkata sebagai permulaan, pihaknya akan bekerjasama dengan ratu rock Malaysia, Ella untuk menganjurkan konsert besar yang akan berlangsung di Setia SPICE Penang hujung minggu ini pada hari Sabtu, 28 Oktober 2023.

“Selama bertahun-tahun, Setia telah memperluaskan kehadirannya di seluruh dunia dan meletakkan dirinya sebagai jenama antarabangsa yang dipercayai dengan projek antarabangsa di seluruh dunia, merangkumi lokasi iaitu United Kingdom, Singapura, Vietnam, dan Australia.

“Setia bekerjasama dengan Ella, ratu rock wanita legenda Malaysia dalam industri muzik Malaysia untuk meraikan 50 tahun membentuk masa depan dengan komunitinya melalui bahasa muzik sejagat.

“Ratu rock akan kembali ke kampung halamannya untuk ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ yang dinanti-nantikan, di mana dia akan menghiburkan hampir 14,000 peminat muzik dengan hits terhebatnya di Setia SPICE Arena yang ikonik di Pulau Pinang yang juga tempat rasmi untuk acara luar biasa ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, sebagai menghargai sokongan peminat, Setia menambahkan 1,000 tiket RockZone.

“Sesiapa yang terpilih lucky Setia Fontaines Citizen Setia yang menandatangani perjanjian jual beli semasa kempen tahunan Minggu Saham Amanah Malaysia 2023 yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan berpeluang mendapatkan tiket RockZone secara percuma dan bertemu Ella secara peribadi semasa sesi ‘Meet and Greet’ khas,” katanya.

Katanya, Setia juga memberi kembali kepada masyarakat yang memerlukan melalui cabang amalnya, Yayasan SP Setia.

Bersama-sama dengan Ella, sukarelawan korporat Setia akan melawat Pusat Jagaan Darul Hanan pada 29 Oktober untuk membawa keselesaan dan kehangatan kepada warga tua asnaf.

Program itu sejajar dengan objektif kedua Yayasan SP Setia iaitu untuk memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, kurang upaya, miskin, atau sakit kritikal, menangani keperluan individu-individu ini dan menyediakan mereka dengan bantuan dan sumber yang diperlukan untuk memperbaiki kehidupan mereka.

The post Rai ulang tahun ke-50, Setia anjur konsert bersama Ella appeared first on MaxInfo.