Khairy Jamaluddin Archives - MaxInfo

Polis panggil Khairy Jamaluddin berhubung dakwaan sembunyikan Titah Adendum
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan bekas Menteri Khairy Jamaluddin berkenaan dakwaan komplot untuk menyembunyikan Titah Adendum yang membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya menerima dua laporan pada Jumaat lalu mengenai perkara terbabit.

Razarudin mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan ini.

“Pengadu mendakwa telah membaca laporan di sebuah portal berita tempatan, di mana Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa Azalina terbabit dalam komplot menyembunyikan Titah Adendum.

“Pengadu juga mendakwa kenyataan berkenaan adalah tidak benar dan ia mencemarkan imej Menteri terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan laporan itu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman telah merancang untuk merakam percakapan Khairy pada jam 3 petang Isnin di pejabatnya di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Pada Jumaat yang sama, Setiausaha Politik kepada Azalina, Datuk Suraya Yaacob, telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul.

Suraya mendakwa kenyataan Khairy adalah tidak tepat dan telah merosakkan reputasi Azalina sebagai seorang menteri Kabinet.

Sebelum ini, Khairy dalam satu siaran audio melalui program ‘Keluar Sekejap’ mendakwa bahawa terdapat krisis kepercayaan dalam UMNO berkaitan dengan Titah Adendum yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Khairy juga mendakwa Azalina bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan yang membolehkan Najib menjalani hukuman penjara dalam tahanan rumah.

The post Polis panggil Khairy Jamaluddin berhubung dakwaan sembunyikan Titah Adendum appeared first on MaxInfo.