indie Archives - MaxInfo

Bintang Indie bersinar di Lenggong sempena TAPAUfest 2023
Foto: artherockshow

PERAK – Ribuan seniman serta peminat dari komuniti indie berkumpul di Lenggong pada hujung minggu lalu untuk merayakan seni dan kreativiti berlatarbelakang tasik dan gunung di Resort Tasik Raban.

Dianjurkan oleh TAPAUasia, edisi ke-6 TAPAUfest, kembali buat kali kedua di Lenggong ternyata memberikan pengalaman yang bermakna buat semua yang terbabit.

Pengunjung festival boleh memilih untuk mengambil ‘roadtrip’ ke Lenggong dengan memandu atau menggunakan perkhidmatan bas atau kereta api ke Ipoh dan wakil dari Majlis Daerah Lenggong sedia menunggu untuk membawa pengunjung ke lokasi festival.

Pintu mula dibuka pada 9 pagi bagi memberikan masa secukupnya untuk meneroka keajaiban semula jadi Lenggong yang memukau, antaranya di Lata Kekabu, atau menikmati secawan kopi di tepi sungai di Pio Kopi sebelum persembahan muzik di pentas PENTAS bermula pada jam 5 petang.

Bagi mereka yang tak mahu meninggalkan tapak festival, Pasar Komuniti T3 (PASAR), dikurasi dan direka oleh kolektif seni Tingkat 3, menawarkan peluang untuk membeli barang dari

seniman tempatan, menyertai bengkel seni dan DIY, menikmati persembahan DJ, atau melayan diri dengan servis gunting rambut dan urut kaki.

Peserta festival juga diberi peluang istimewa menikmati persembahan Dondang Sayang dan Mak Yong yang autentik, dikurasi dengan penuh kasih oleh Kakiseni.

Persembahan-persembahan ini, bersama dengan sesi kongsi termasuk tayangan di BENGKEL dan LAYAR, menambah dimensi budaya yang kaya di TAPAUfest.

Sebelum persembahan muzik dimulakan, pengunjung boleh menikmati pelbagai juadah jalanan tempatan dari Lenggong dan seluruh Malaysia.

Memastikan keaslian pengalaman WARUNG tanpa melibatkan stereotaip festival, semua makanan dan minuman bukan hanya lazat tapi harganya juga berpatutan.

Tepat jam 5 petang, hos TAPAUfest, bintang lakonan Iedil Dzuhrie Alaudin dan Sharifah Amani, membuka tirai mengajak semua orang untuk berkumpul di PENTAS.

Persembahan pertama dimulakan oleh kugiran “midwest emo”, Mascot yang membawakan persembahan sangat sesuai dengan angin kencang semulajadi dan tenaga penonton mereka.

Seterusnya Rub of Rub dari Bandung muncul dengan muzik latar yang cukup sempurna untuk matahari yang sedang terbenam sambil memikat penonton dengan bunyi dub mereka.

Ini adalah persembahan sulung mereka di luar Indonesia. Selepas rehat Maghrib, duo elektronik Wobbebong mengembalikan semangat penonton dengan persembahan bertenaga berserta penampilan istimewa oleh rapper Hullera untuk lagu kegemaran penonton “Kereta Terbang”.

Kugiran legenda Singapura, Force Vomit kemudiannya memulakan set mereka dengan lagu “Spaceman Over Malaysia”.

Ini kali pertama mereka membuat persembahan di Perak sejak tahun 2004. Rock ‘n roll ‘Supergroup’, Jemson seterusnya mengambil alih pentas dengan persembahan yang sangat bertenaga.

Bintang dan penyanyi, Naim Daniel turut membuat penampilan istimewa untuk lagu “Mula Semula.”

Hari pertama TAPAUfest 2023 ditutup dengan persembahan menawan oleh Nadin Amizah dari Indonesia. Di bawah cahaya bulan di tepi tasik, Nadin menyampaikan persembahan selama 45 minit yang bermula dengan hit terbarunya, “Rayuan Perempuan Gila,” dan berakhir dengan seluruh penonton festival menyanyikan bersama “Sorak Sorai.”

Hari kedua bermula seawal pada jam 7:45 pagi, dengan penonton berkumpul di tepi tasik berkabus untuk “Sesi Tikar Mengkuang”, yang menjemput peserta festival untuk merehatkan badan dan minda mereka melalui sesi regangan dan meditasi.

Satu lagi elemen TAPAUfest yang kembali pada edisi tahun ini adalah “Rakyat Games” yang dihoskan oleh Leaism.

Peserta boleh mengembalikan nostalgia di sekolah dengan bermain permainan klasik seperti “Tuju Selipar,” “Galah Panjang,” dan “Zero Point,” dengan peluang untuk memenangi hadiah dari Vans.

Pentas hari kedua dimulakan oleh kugiran Mid-Tempo 70’s Punk asal Bogor, The Jansen yang terus menghidupkan pentas sambil dipenuhi peminat yang cukup teruja untuk menonton persembahan pertama mereka di Malaysia.

Legenda tempatan dan pelopor indie, Muck, kemudiannya muncul di atas pentas, mempersembahkan 11 lagu termasuk “Where Only You Belong” dan anthem indie kegemaran ramai “Orang School”.

Door Plant, kugiran indie pertama dari Thailand di TAPAUfest, memberikan kejutan manis kepada mereka yang ingin mencari muzik baru dengan penonton menari meskipun tanpa memahami sepatah perkataan dalam bahasa Thai.

Hujan mula menitis ketikan Fikri dan kugirannya naik ke pentas mencipta suasana yang sempurna untuk bunyi neo-folk Bayangan.

Hujan yang turun dengan lebatnya ketika persembahan Lomba Sihir dari Jakarta tidak melunturkan semangat malah menghidupkan semangat penonton untuk menyanyi dan menari dalam hujan sepanjang persembahan mereka.

Zee Avi mengakhiri PENTAS dengan persembahan yang istimewa dengan menunjukkan bakatnya sebagai penulis lagu, pencerita dan pemuzik.

Di antara lagu yang dipersembahkan adalah “Just As I Am,”, sebuah cover dari The Strollers, band legenda yang dianggap sebagai kugiran indie pertama dari Malaysia.

Zee menutup malam dengan “Kantoi”, yang menjadi antara momen paling epik dalam sejarah TAPAUfest, dengan setiap orang di festival turut nyanyi bersama.

Ketika pengunjung singgah di WARUNG bagi mengisi perut sebelum pulang, warga ‘campers’ kembali kawasan perkhemahan oleh Santuy Travellers untuk sesi “Bonfire Akustika” khas bersama Amir Jahari sebagai penutup TAPAUfest 2023 yang sebenar.

Pengasas dan pengarah TAPAUfest, Ahmad Faris berkata, mereka berasa bahawa banyak memori-memori indah yang kekal sepanjang hayat tercipta menerusi pertemuan komuniti indie yang menjayakan TAPAUfest di Lenggong ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi dan Digital atas sokongan mereka dalam menjadikan acara ini menjadi realiti,” katanya.

TAPAUfest 2023 adalah pengalaman festival oleh TAPAUasia dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong, Ipoh Social Club, Verssusika serta rakan rasmi Vans, Yoodo, Batik Air, Era, Gempak dan Syok.

TAPAUfest 2023 disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD) melalui MyCreative Ventures (MYCV).

Nantikan TAPAUfest 2024 akan kembali ke Lenggong pada 5 dan 6 Oktober 2024.

The post Bintang Indie bersinar di Lenggong sempena TAPAUfest 2023 appeared first on MaxInfo.

TAPAUfest kembali ke Lenggong, indie bertemu keindahan alam
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Selepas kejayaan menarik kira-kira 3000 pengunjung pada tahun lalu, TAPAUfest kembali lagi dan akan berlangsung pada 7 dan 8 Oktober ini di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak.

Berlatarbelakangkan tasik yang indah dan gunung-ganang, TAPAUfest menjemput komuniti indie Asia Tenggara untuk #LepakLenggong bersama artis indie ternama dan berpotensi dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dengan tema #SerumpunBerpesta.

Pengarah Kreatif TAPAUasia Sdn Bhd, Ahmad Faris berkata, bermula dengan taksub mahu menjadikan festival ini lebih besar setiap tahun, mereka mengambil keputusan untuk memberi lebih perhatian kepada butiran-butiran kecil terutamanya dalam kurasi bagi membawakan komuniti indie dan rakyat Lenggong terbabit sama.

“Tahun ini TAPAUfest memberi penghormatan kepada wanita yang membentuk ‘scene’ ini.

“Ini dapat dilihat melalui kerjasama mereka dengan Newruul, seniman muda di sebalik rekaan poster dan ‘merchandise’ rasmi, sementara barisan di PENTAS (pentas muzik) pula menampilkan ramai bakat wanita yang sedang menempa nama,” katanya.

Persembahan hari pertama akan dimulakan dengan kugiran ‘Midwest Emo’, Mascot yang menawarkan aksi bertenaga serta agresif dengan lirik terapeutik sebelum diteruskan oleh kumpulan reggae dub eksperimental asal Indonesia, Rub Of Rub, sekaligus melengkapkan nuansa mempesonakan kala matahari terbenam.

Membuka persembahan malam adalah duo elektronik Wobbebong. Bersenjatakan tenaga dan semangat ingin mencuba, gadis-gadis ini pasti akan membawa keseronokan dengan sentuhan eksentrik dalam set mereka.

Persembahan diteruskan dengan kugiran legenda dari Singapura, Force Vomit yang baru menyambut ulang tahun ke-20 album kedua mereka, ‘Give It Up For The Trustfund Rockers’ dalam bentuk vinil.

Berbekalkan bunyian ‘Garage Surf’, mereka pastinya tidak sabar untuk menghidupkan kembali kisah cinta dengan komuniti peminat indie Malaysia.

Kumpulan Rock n’ Roll Jemson kemudian akan mengambil alih pentas dengan memberi penghormatan kepada era keemasan ‘rock kapak’ Malaysia sambil menyuntikkan bunyi moden dan elemen humor mereka yang tersendiri.

Menutup tirai hari pertama adalah penyanyi muda Indonesia, Nadin Amizah yang kian memenangi hati jutaan peminat terutamanya dari Indonesia dan Malaysia.

Dengan karya terbaharunya “Rayuan Perempuan Gila” dan “Semuanya Dirayakan” mendapat sambutan hangat, persembahan Nadin berlatarkan tasik nanti pastinya menjanjikan pengalaman yang cukup istimewa.

Persembahan hari kedua dimulakan antara kugiran Indonesia yang menarik perhatian pada masa kini, The Jansen.

Dikenali sebagai kugiran punk mid-tempo era 70-an dari Bogor, kumpulan ini meledak selepas keluaran album mereka, ‘Banal Semakin Binal’ tahun lalu.

Seterusnya, ‘Local Thrash Heroes’ dari Ipoh, Muck akan naik ke pentas sebagai penghormatan kepada wira tempatan.

Ditubuhkan pada tahun 1994, band ini dianggap sebagai salah satu perintis ranah indie Malaysia.

Door Plant bakal melakar sejarah sebagai kugiran pertama dari Thailand yang menghiasi pentas TAPAUfest dengan membawa irama lepak dan santai ke Malaysia yang menjadi salah satu destinasi kembara ‘Tournament’ mereka.

Dengan membawakan genre neo-folk, Bayangan yang biasanya bergerak secara solo, kini ditemani kugiran lengkap yang pasti membawa persembahan yang memukau.

PENTAS diteruskan dengan penanda generasi masa kini dari Indonesia iaitu Lomba Sihir.

Pengunjung sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang merayakan karya mereka dengan menari, tersenyum sambil hanyut bersama dalam karya cinta-benci di kota ia membesar serta tumbuh.

Artis yang akan mengakhiri persembahan TAPAUfest tahun ini adalah anak kelahiran Borneo yang menjadi perintis awal dalam pergerakan muzik indie.

Pada tahun 2009, single hitsnya “Kantoi” dan “Bitter Heart” membawanya jauh sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pernah tampil di NPR Music Tiny Desk Concerts pada 2020, kemunculan Zee Avi dengan lagu-lagu melankolik adalah cara paling indah untuk melabuhkan tirai TAPAUfest 2023.

Persembahan muzik di PENTAS hanya akan bermula pada jam 5 petang bagi memberikan masa kepada pengunjung festival untuk meneroka keajaiban Lenggong yang penuh dengan keindahan alam serta destinasi makan dan minum.

Pengunjung juga boleh berteduh dari matahari sambil belajar dan berkongsi pengetahuan di BENGKEL atau terokai karya pembikin filem indie di LAYAR yang dikurasi dengan kerjasama Kaki Seni.

Pengunjung boleh menghilangkan dahaga dan mengisi perut dengan sajian Malaysia terbaik dihidangkan oleh peniaga dari Lenggong dan ‘foodtruck’ dari seluruh Malaysia di WARUNG.

Bagi mereka yang suka membeli-belah atau mengumpul rekod, ‘merchandise’ atau karya seni, PASAR menghimpunkan karya artis dan jenama indie sambil dihiburkan oleh DJ di pentas mini.

Satu perkara yang membezakan TAPAUfest daripada festival seni lain adalah peluang untuk berkhemah selama dua malam di Resort Tasik Raban dan merasai sepenuhnya pengalaman di Lenggong.

Pengunjung boleh menempah tapak khemah di Santuy Campsite dan sertai sesi unggun api dan persembahan akustik atau buat mereka yang inginkan pengalaman lebih minimal boleh mengikat ‘hammock’ di antara dahan pokok menerusi Outsiders Campout.

TAPAUfest 2023 adalah pengalaman festival oleh TAPAUasia dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong, Ipoh Social Club, Verssusika serta rakan rasmi Vans, Yoodo, Batik Air, Era, Gempak dan Syok.

Sebarang pertanyaan untuk tiket dan maklumat lanjut layari www.TAPAUfest.asia atau ikuti @TAPAUfest.

The post TAPAUfest kembali ke Lenggong, indie bertemu keindahan alam appeared first on MaxInfo.