Huawei Malaysia Archives - MaxInfo

Huawei MatePad Mini & Watch GT Runner 2 dilancar di Malaysia, perkukuh ekosistem peranti pintar berprestasi tinggi
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Huawei Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran teknologi tempatan menerusi pelancaran dua produk terbaharu iaitu HUAWEI MatePad Mini dan HUAWEI Watch GT Runner 2, yang direka bagi memenuhi keperluan gaya hidup digital moden serta meningkatkan produktiviti harian pengguna.

Pelancaran ini menyaksikan pengenalan konsep “All-in-Mini” menerusi HUAWEI MatePad Mini, sebuah tablet kompak yang menggabungkan prestasi tinggi, fleksibiliti dan pengalaman penggunaan imersif dalam reka bentuk yang ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dengan ketebalan hanya 5.2mm dan berat sekitar 260 gram, peranti ini direka untuk memberikan pengalaman produktiviti lengkap dalam saiz yang lebih praktikal.

Tablet ini turut menampilkan nisbah skrin 16:10 yang diinspirasikan daripada pengalaman membaca buku bercetak, sekali gus menawarkan keselesaan penggunaan sama ada dalam mod menegak mahupun melintang.

Walaupun tampil dengan reka bentuk ultra nipis, struktur dalaman peranti ini diperkukuh menggunakan bahan berkekuatan tinggi bertaraf aeroangkasa bagi memastikan ketahanan optimum dalam penggunaan harian.

Dari segi paparan, HUAWEI MatePad Mini dilengkapi skrin 8.8 inci Flexible OLED PaperMatte yang menyokong gamut warna luas P3, kecerahan puncak sehingga 1800 nits, resolusi 2.5K serta kadar segar semula 120Hz.

Teknologi ini bukan sahaja memberikan visual yang jelas dan tajam, malah membantu mengurangkan silau serta melindungi mata untuk penggunaan jangka panjang.

Sebagai sebahagian daripada ekosistem pintar Huawei, peranti ini menyokong kolaborasi pelbagai peranti secara lancar, membolehkan pengguna beralih antara tugasan dengan lebih efisien.

Sokongan stylus turut dipertingkatkan menerusi HUAWEI M-Pencil Pro yang menawarkan ciri interaksi tulisan tangan lebih responsif, fungsi butang khas Star Ring serta kawalan gerakan seperti cubit dan putar bagi memudahkan penggunaan.

Selain itu, tablet ini turut dilengkapi kamera utama 50MP dan kamera hadapan 32MP, serta bateri berkapasiti 6400mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge, menjadikannya sesuai untuk kegunaan kerja dan hiburan.

Dalam masa sama, Huawei turut memperkenalkan HUAWEI Watch GT Runner 2 yang direka khusus untuk peminat sukan larian dengan konsep “Aesthetic of Speed”.

Jam pintar ini menampilkan sokongan sistem GNSS pelbagai jalur yang memberikan penjejakan lokasi lebih tepat, termasuk di kawasan mencabar seperti bandar padat dan laluan hutan.

Peranti ini turut dilengkapi teknologi antena terapung 3D serta algoritma penentududukan pintar X-DR yang memastikan penjejakan kekal konsisten walaupun berlaku gangguan isyarat.

Antara ciri utama yang diketengahkan ialah mod Intelligent Marathon yang dibangunkan bersama pasukan larian profesional termasuk Eliud Kipchoge, menawarkan pelan latihan diperibadikan, panduan rentak masa nyata serta analisis prestasi selepas larian.

Jam pintar ini juga menyediakan pelbagai metrik profesional seperti analisis kuasa larian, pengesanan ambang laktat dan Running Ability Index, selain pemantauan kadar denyutan jantung yang tepat bagi membantu pengguna meningkatkan prestasi secara selamat dan berkesan.

Dari segi reka bentuk, HUAWEI Watch GT Runner 2 diperbuat daripada aloi titanium bertaraf aeroangkasa dengan berat hanya 34.5 gram, selain tahan air dan lasak untuk pelbagai keadaan cuaca.

Ia turut menyokong lebih 100 mod sukan serta menawarkan hayat bateri sehingga 14 hari.

HUAWEI MatePad Mini ditawarkan pada harga RM2,199, dengan pakej pra-tempahan yang merangkumi pelbagai hadiah percuma bernilai sehingga RM2,014 termasuk stylus, pelindung peranti serta jaminan tambahan.

Sementara itu, HUAWEI Watch GT Runner 2 pula dijual pada harga RM1,499 dan boleh didapati melalui saluran rasmi Huawei di seluruh negara.

Pelancaran kedua-dua peranti ini mencerminkan komitmen Huawei dalam memperluas ekosistem teknologi pintar yang bukan sahaja inovatif, malah mampu memenuhi keperluan pengguna moden yang mengutamakan produktiviti, kesihatan dan gaya hidup aktif dalam satu platform bersepadu.

The post Huawei MatePad Mini & Watch GT Runner 2 dilancar di Malaysia, perkukuh ekosistem peranti pintar berprestasi tinggi appeared first on MaxInfo.

Dengan reka bentuk lebih selesa, bunyi lebih bijak dan hayat bateri lebih lama, Huawei Freebuds 6 kini di pasaran
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Huawei Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi fon telinga terbaharu, HUAWEI FreeBuds 6, yang kini boleh didapati di seluruh negara pada harga hanya RM699.

Hadir dengan pelbagai penambahbaikan dari segi reka bentuk, kualiti audio dan prestasi bateri, FreeBuds 6 tampil sebagai pilihan premium untuk pengguna yang mengutamakan gaya hidup digital yang serba pantas dan dinamik.

Pembelian HUAWEI FreeBuds 6 menerusi laman rasmi Huawei, Kedai Rasmi Huawei di Shopee, Kedai Rasmi Huawei di Lazada serta saluran rasmi di TikTok turut disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM327, termasuk HUAWEI Band 8, jaminan 1+1 tahun, serta perlindungan kehilangan selama 2 tahun.

Menampilkan reka bentuk baharu yang diinspirasikan daripada bentuk titisan air, FreeBuds 6 direka agar lebih selesa dipakai sepanjang hari serta sesuai dengan pelbagai bentuk telinga.

Dari segi audio, fon telinga ini diperkasakan oleh sistem pemacu dwi yang canggih, menghasilkan bunyi tinggi yang jelas dan bass yang lebih mendalam satu pencapaian mengagumkan bagi fon telinga jenis open-fit yang tidak menutup telinga secara keseluruhan.

Rahsia kepada kualiti bass yang tebal dan menggegarkan ini terletak pada pemacu bermagnet dwi 11mm berkepekaan tinggi, yang dibina menggunakan unit dinamik serta sistem pemacu magnet cincin berganda.

Gabungan ini membolehkan diafragma menghasilkan daya getaran yang kuat, menjadikan pengalaman audio lebih mengasyikkan dan mendalam.

Bagi pengguna yang memiliki peranti Huawei yang menyokong sistem ini, FreeBuds 6 mampu menyampaikan audio lossless sehingga 48 kHz/24-bit, sekaligus menawarkan pengalaman pendengaran beresolusi tinggi yang menonjolkan setiap nada dan perincian.

Sokongan kepada penstriman lossless 2.3 Mbps melalui codec L2HC 4.0 turut tersedia apabila dipadankan dengan HUAWEI Mate X6.

Fon telinga ini juga direka untuk menyokong komunikasi harian secara optimum.

Ia dilengkapi dengan mikrofon konduksi tulang (VPU) dan reka bentuk ruang dalaman tersendiri yang membolehkan pengecaman suara berlaku dengan lebih tepat, walaupun dalam persekitaran yang mencabar.

Tambahan pula, FreeBuds 6 menyokong pembatalan hingar dua hala ketika panggilan, menghapuskan bunyi latar belakang sehingga 95dB, menjadikan panggilan lebih jelas dan bebas gangguan walau berada di tempat bising seperti kafe atau ketika dalam perjalanan.

Fungsi kawalan bebas tangan turut menambah nilai kepada fon telinga ini, di mana pengguna boleh mengawal panggilan atau main balik audio hanya dengan mengangguk untuk menjawab atau menggeleng untuk menolak, tanpa perlu menyentuh fon telinga atau peranti.

Dari segi ketahanan bateri, FreeBuds 6 menawarkan sehingga 36 jam penggunaan bersama bekas pengecas, dan menyokong main balik selama 2.5 jam hanya dengan lima minit pengecasan.

Ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Ungu, Putih dan Hitam reka bentuk yang anggun menjadikannya pilihan bergaya dan praktikal untuk kegunaan harian.

Lebih menarik, HUAWEI FreeBuds 6 menyokong keserasian penuh dengan peranti iOS dan Android, menjanjikan pengalaman mendengar yang lancar tanpa mengira ekosistem peranti pengguna.

Pelancaran ini sekali lagi menegaskan komitmen Huawei dalam menerajui inovasi teknologi audio yang memenuhi keperluan gaya hidup moden.

Dengan gabungan rekaan pintar, prestasi hebat dan fungsi pintar yang canggih, FreeBuds 6 sedia menjadi pilihan utama bagi pengguna yang inginkan fon telinga serba lengkap dan bergaya.

The post Dengan reka bentuk lebih selesa, bunyi lebih bijak dan hayat bateri lebih lama, Huawei Freebuds 6 kini di pasaran appeared first on MaxInfo.