Hari Malaysia Archives - MaxInfo

“Inilah KITA, Sehati Bersama” sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Astro meneruskan komitmennya dalam menyemarakkan semangat perpaduan rakyat Malaysia dengan melancarkan kempen istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bertemakan “Inilah KITA, Sehati Bersama”, yang berlangsung dari 15 Ogos hingga 16 September 2025.

Kempen ini mengetengahkan kepelbagaian budaya dan keharmonian masyarakat Malaysia sebagai asas kepada naratif kebangsaan yang inklusif dan menyatupadukan.

Menampilkan pelbagai inisiatif menarik, kempen ini membawakan pengalaman menyeluruh kepada rakyat Malaysia melalui pelbagai platform, termasuk pelancaran saluran khas ‘KITA Channel’ (saluran 100), persembahan lagu tema “Bangkit Malaysia” oleh Hael Husaini, acara hiburan dan kebudayaan ‘Hello Inilah KITA’, serta siaran radio khas ‘KITA FM’ yang merentasi seluruh negara.

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata, tema tahun ini memberi penekanan kepada semangat kebersamaan dalam kepelbagaian.

“Kami meneruskan naratif ‘Inilah KITA’ dengan membawa tema ‘Sehati Bersama’ yang mencerminkan momen-momen indah yang telah menghubungkan kita semua sebagai rakyat Malaysia.

“Menerusi kisah-kisah perkongsian kehidupan daripada berkongsi juadah hingga kepada kolaborasi seni kami ingin memperingati rakyat tentang pentingnya perpaduan dan nilai kebersamaan,” katanya.

Sebagai simbolik kepada jenama kebangsaan, Astro memperkenalkan ‘KITA Channel’ (saluran 100), iaitu saluran khas sempena bulan kebangsaan yang menghimpunkan lebih 50 program istimewa tempatan.

Saluran ini menyiarkan filem, drama, dokumentari, rancangan realiti dan konsert yang mengangkat kisah rakyat dan semangat patriotisme.

Antara tayangan eksklusif termasuklah beberapa telefilem baharu sempena Merdeka seperti Kita Bukan Data, Mariam Meenachi, Rombengan, Wasiat Ayah, dan Daddy Naik Sheikh.

Telefilem-telefilem ini dibintangi pelakon popular tanah air seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Que Haidar, MK K-Clique dan ramai lagi.

Turut dipersembahkan ialah konsert eksklusif seperti Slam X Exist: Our Journey dan Konsert Hael Husaini & The Repertoire.

Kempen ini turut diserikan dengan tayangan tiga dokumentari pendek yang mengangkat kisah sebenar rakyat Malaysia menerusi program ‘Kisah Perpaduan Inilah KITA’.

Dokumentari ini boleh ditonton menerusi saluran YouTube Astro Malaysia bermula 7 Ogos 2025, jam 9 malam.

Antara kisah yang dipaparkan termasuk Famili Ikat Tepi, yang menyorot sebuah kopitiam berusia lebih satu abad sebagai lambang perpaduan; Tempat Letak Harmoni, yang memaparkan kerjasama unik antara masjid dan gereja di Lutong, Sarawak yang berkongsi kawasan parkir; serta Seni Berkawan, yang mengisahkan tiga artis tempatan dari latar budaya berbeza yang bekerjasama dalam satu projek seni bersifat kebangsaan.

Kemuncak kempen ini turut melibatkan acara ‘Hello Inilah KITA’ yang dijadual berlangsung pada 23 dan 24 Ogos 2025, menghimpunkan selebriti pelbagai kaum seperti Mira Filzah, Hun Haqeem, Ayda Jebat, Nicole Lai dan Rubini dalam satu acara rakyat yang meraikan muzik, budaya dan hiburan Malaysia.

Bagi pendengar radio pula, siaran khas ‘KITA FM’ akan disiarkan secara langsung dari Putrajaya sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos, membabitkan penyampai terkenal daripada rangkaian stesen radio Astro Audio dan RTM.

Inisiatif ini akan diteruskan melalui jelajah 13 negeri dengan menggunakan bas khas ‘KITA FM Hop On Hop Off’, yang bakal berakhir di Pulau Pinang pada Hari Malaysia, 16 September.

Usaha ini juga bakal mencipta satu lagi rekod baharu dalam Malaysia Book of Records.

Melengkapkan lagi kempen ialah lagu tema rasmi berjudul “Bangkit Malaysia” yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Hael Husaini.

Lagu ini akan boleh distrim di semua platform muzik utama dalam masa terdekat.

Astro turut mengumumkan penganjuran ‘KITA Run’, sebuah acara larian rakyat yang bakal berlangsung pada 25 Oktober 2025 di Serenia City Central Park, Nilai.

Acara ini bersifat inklusif dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan pilihan larian sejauh 5KM dan 10KM, serta dimeriahkan dengan karnival, gerai makanan dan konsert bersama artis tempatan.

Maklumat lanjut mengenai penyertaan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Dengan pelbagai inisiatif berimpak tinggi ini, Astro menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan demi membina masa depan negara yang lebih harmoni.

Sesungguhnya, “Inilah KITA, Sehati Bersama” bukan sekadar tema ia adalah cerminan nilai sebenar rakyat Malaysia.

The post “Inilah KITA, Sehati Bersama” sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia appeared first on MaxInfo.

‘Malaysia Kita Roadshow’ meraikan kemajmukan negara dengan persembahan artis-artis hebat tempatan sempena Hari Malaysia
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Hari Malaysia sememangnya menjadi detik bersejarah dan terpenting buat seluruh rakyat negara ini.

Tarikh 16 September akan terus teguh dalam ingatan bagi meraikan kemajmukan dan perpaduan kita kecapi.

Universal Music Malaysia (UMM) dengan kerjasama Sunway Putra Mall, HotFM dan FlyFM (rakan radio), serta Pop Meals (rakan makanan dan minuman) tidak ketinggalan ingin hangatkan sambutan itu menerusi acara Malaysia Kita Roadshow.

Berlangsung selama dua hari iaitu 14 dan 15 September, jam 10 pagi hingga 10 malam, di Main Concourse, GF, Sunway Putra Mall, pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuk acara utama iaitu showcase lebih 30 artis tempatan terkemuka.

Lebih istimewa, penghibur yang beraksi digabungkan dari label rakaman berbeza iaitu UMM sendiri, Def Jam Malaysia, Faithful Music, RUSA Music, dan Alternate Records. Syarikat-syarikat yang bukan calang-calang namanya.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim menyifatkan usaha menggabungkan artis dari pelbagai latar belakang untuk showcase terbabit adalah pendekatan unik. Ia menjadi bukti betapa indahnya Malaysia kerana kaya dengan nilai majmuknya.

“Malaysia Kita Roadshow adalah kombinasi unik artis serta penghibur yang ditampilkan di acara hebat selama dua hari itu bagi meraikan Hari Malaysia serta pamer kemajmukan mengagumkan dalam negara kita.

“Kami sedari nadi sebenar Malaysia adalah rakyatnya dan muzik satukan kita semua.

“Acara cukup bermakna di Sunway Putra Mall iaitu rakan kerjasama kami sanjungi itu adalah aktiviti ideal untuk dinikmati sempena cuti hujung minggu yang panjang ini.

“Barisan bakat hebat naungan UMM, Def Jam Malaysia, Faithful Music, RUSA Music, dan Alternate Records akan ditampilkan.

“Inilah peluang keemasan untuk rakyat Malaysia terutama yang berada di Lembah Klang untuk hadir beramai-ramai, berhibur dengan persembahan, kibarkan bendera kita,peragakan pakaian tradisional, dan menikmati setiap aspek yang menjadikan Malaysia cukup istimewa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan, A&R dan Pengurusan Artis Universal Music Malaysia, Hermond Cheng pula berkata, Malaysia Kita Showcase membawa makna yang cukup besar dan mendalam.

Khususnya buat industri hiburan tempatan bagi sama-sama menjulang muzik sebagai wadah menyatupadukan rakyat kita.

“Menjelang Hari Malaysia, keluarga Universal Music Malaysia sangat teruja untuk kongsikan muzik kami kepada ramai.

“Kami mengadakan khusus showcase istimewa untuk menyatukan dan meraikan kesungguhan kami terhadap muzik bersama barisan artis hebat kami,” katanya.

Barisan artis yang menghangatkan pentas pada hari pertama iaitu 14 September adalah Anna & Hanna dari Universal Playground, Hariz Fayahet dan Puteri Khareeza (Alternate Records) Zel dan Keka Nizam (RUSA Music), A-Jin dan Madykit (Faithful Music), Ismail Izzani, Sophia Liana, KillaDriz, Asyraf Nasir, Yonnyboii, dan Lil J (Def Jam Malaysia) serta Dj Ziqq.

Hari kedua iaitu 15 September pula menampilkan Anna & Hanna dari Universal Playground), Julia Duclos, Kat Roshan, Shi En, Elva, Nicole Lai, The Gadys, Nadia Rosli, dan ALVN

(Universal Music Malaysia), Nabila Razali, HarsonBee, dan Ara Johari (gabungan bersama UMM), NAKI dan Mal Hamka (Faithful Music), Aqmal Ramdan dan Ika Mustafa (Alternate Records), serta HarsonBee (LY music).

Apa yang pasti, pengunjung bukan saja sekadar dapat menonton barisan penghibur itu beraksi atas pentas.

Sebaliknya, mereka juga akan turut mengadakan sesi ramah mesra pada selama sejam dari 6.30 petang hingga 7.30 malam sebelum showcase bermula.

Satu lagi aktiviti yang menjadi tarikan utama acara itu adalah Pertandingan Mewarna Anna & Hanna khusus untuk kanak-kanak yang berlangsung pada 14 September, jam 3.30 petang.

Pelbagai hadiah menarik tajaan Anna & Hanna turut diberikan. Pertandingan itu dibuka kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 8 tahun yang mendaftar menerusi pautan disediakan Sunway Putra Mall di media sosialnya.

Kertas serta peralatan mewarna juga turut disediakan sewaktu pertandingan.

Tidak ketinggalan, terdapat juga segmen ‘podcast’ yang membicarakan pelbagai topik khususnya berkaitan Hari Malaysia.

Segmen itu tentunya menarik bagi pengunjung mendalami lagi keindahan mengenai negara kita.

The post ‘Malaysia Kita Roadshow’ meraikan kemajmukan negara dengan persembahan artis-artis hebat tempatan sempena Hari Malaysia appeared first on MaxInfo.

Astro semarak sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia menerusi kempen ‘Inilah KITA’
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia, Astro telah melancarkan kempen Inilah KITA bermula 15 Ogos sehingga 16 September 2024.

Sasaran pelancaran kempen ini bertujuan untuk meraikan kepelbagaian dan juga kesamarataan yang telah memberikan impak positif dalam masyarakat.

Antara inisiatif menarik yang dibawa menerusi kempen Inilah KITA adalah Saluran KITA (CH100), Tontonan 6 Saluran Percuma, lagu tema kempen Inilah KITA yang dinyanyikan oleh artis-artis Malaysia, SYOK FEST KITA, program Inilah Hero KITA dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Euan Smith berkata, mereka mengangkat ‘Inilah KITA’ sebagai nama kempen kali ini kerana ia mencerminkan budaya Malaysia iaitu pelbagai, bersatu padu dan juga berdaya tahan.

“Fokus kami pada tahun ini adalah untuk meraikan semangat ‘KITA’ sebagai Masyarakat yang berbilang bangsa, berbilang latar budaya dan juga bersama.

“Di Astro kami teruja untuk membawakan kandungan yang pelbagai ke setiap isi rumah bagi mengangkat semangat KITA.

“Sepanjang kempen berlangsung, kami menjemput anda untuk menonton Saluran KITA, mendengar lagu tema kempen Inilah KITA yang dinyanyikan oleh barisan artis tempatan, dan mengambil bahagian dalam pergerakan sosial Inilah Hero KITA,” katanya.

Sebagai jenama yang diasaskan di Malaysia, Astro membawa cerita dan juga hiburan terbaik Malaysia menerusi Saluran KITA (CH100) dengan menampilkan lebih dari 100 tajuk terpilih, bermula 15 Ogos sehingga 16 September ini di Astro, NJOI dan sooka.

Tambahan pula, pelanggan Astro berpeluang untuk menikmati enam saluran percuma bermula 30 Ogos sehingga 16 September iaitu SHOWCASE (CH413), HITS MOVIES (CH401), tvN Movies (CH416), HITS NOW (CH702), Zee Cinema (CH251), dan ABO Movies Thangathirai (CH241).

Pelanggan berpeluang untuk menonton tayangan perdana dan tajuk baru di Saluran KITA (CH100), seperti:

–Lion Girl, mengisahkan tentang Sakina, lakonan Erysha Emyra, seorang gadis yang meminati tarian singa yang kemudian mendorangnya untuk menjadi seorang penari singa, mengharungi dugaan keluarga dalam mengejar impiannya dengan menonjolkan keteguhan dan budaya Malaysia.

–Rombongan Makciks Ke Dataran Merdeka, sebuah drama menampilkan Rozita Che Wan, Mandy Chong dan Satthiya Kandi sebagai makcik-makcik dari Kg Wahab Satu yang dalam perjalanan untuk melihat perarakan Bomba ahli keluarga mereka berubah menjadi huru-hara dan menguji kesetiaan persahabatan mereka dalam menzahirkan semangat sejati Malaysia.

–The Music Journey, sebuah program muzik menampilkan barisan artis Malaysia seperti, Priscilla Abby, Firdhaus, 3p Caven, Uriah See dan Ryota dalam menginterprestasikan lagu-lagu kegemaran rakyat Malaysia dalam meraikan budaya Malaysia.

–Pasanga Musim ke-2, Siri Tamil tempatan dengan jumlah 100 episod telah menjadi tontonan tertinggi yang pertama di Malaysia, menampilkan penerbit dan pelakon Denes Kumar dengan mengetengahkan hubungan kekeluargaan untuk menghadapi dugaan dan cabaran di Malaysia.

–Oga & Friends, satu lagi judul siri animasi tempatan oleh penerbit Didi & Friends, mengisahkan pengembaraan sekumpulan haiwan yang tinggal di dalam hutan di Malaysia. Animasi ini membawa mesej mengenai kepentingan memelihara alam sekitar, bertepatan dengan Astro RimbaKita ESG.

Pelanggan juga boleh menikmati episode istimewa Family Feud Malaysia dan rancangan lain seperti Hantu Karipap, Terompak Sana Tertukar Sini, Call Me Handsome -Malaysia KITA, Sofa Kentang Selebriti, dan banyak lagi.

‘Inilah KITA’ Meraikan Perpaduan Malaysia Beserta Bakat Tempatan

Bagi meraikan perpaduan Malaysia dan juga bakat tempatan, rakyat Malaysia bakal disajikan dengan lagu tema kempen Inilah KITA.

Lagu tema ini dinyanyikan oleh artis-artis berikut antaranya Hael Husaini, Wani Kayrie, Daniel Fong, Joey Leong, Balan Kash dan Roshini. Lagu ini boleh distrim bermula 15 Ogos 2024 di semua platform kegemaran anda.

Bermula 6 sehingga 8 September, anda dijemput hadir ke SYOK FEST KITA bagi meraikan budaya Malaysia di Setia City Park Oval Lawn.

Ikuti kami meraikan muzik dipersembahkan oleh lebih dari 25 artis tempatan seperti Floor 88, Hattan, Misha Omar, Luqman Podolski, Zayn Nakal, Syamil, Bunga, Claudia Tan, Sya, Music Kitchen, Arvind Raj, Zen, Jie Ying, Elva, Daniel Wong, Mag Lai, Kaka Azraff, Zubir Khan, Ezra Kairo, K Town Clan, Sarah Suhairi, 53 Universe, DEF Jam Artist dan ramai lagi!

Ikuti saluran Astro Radio OR1 FM pada 6 September, dimana 13 buah stesen radio dalam 4 bahasa – Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil – akan berganding bahu dalam membawakan saluran langsung di luar konti sambil berinteraksi dengan masyarakat.

Rakyat Malaysia juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam pergerakan sosial Astro Inilah Hero KITA bermula 15 Ogos hingga 16 September, dimana mereka boleh berkongsi cerita-cerita tauladan mengenai rakyat Malaysia bercirikan sifat kebaikan, dedikasi dan positiviti.

Cerita boleh dikongsikan dalam format berbentuk teks, gambar ataupun video di laman media social dengan tanda pagar #InilahKITA.

Tonton Berita Terkini KITA di segmen Astro AWANI (CH501) jam 5pm dan KITA (CH100) pada jam 8.30pm dimana kami membawakan cerita-cerita menarik mengenai individu ‘Inilah Hero KITA’ yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.

Raikan semangat KITA dengan Astro sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia ini.

Langgan Astro dengan hanya RM41.99/sebulan, nikmati potongan sebanyak 30 peratus serta pemasangan percuma bagi merasai pengalaman masyarakat Malaysia di saluran KITA (CH100) sambil nikmati enam saluran percuma.

Jangan ketinggalan program SYOK FEST KITA dan dengarkan Astro Radio secara langsung di OR1 FM. Mari kita bersama berganding bahu sesama rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian dalam pergerakan Inilah Hero KITA dengan membina impak positif dalam Masyarakat.

The post Astro semarak sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia menerusi kempen ‘Inilah KITA’ appeared first on MaxInfo.