education Archives - MaxInfo

Cabaran dunia pendidikan tinggi tuntut pendekatan lebih inovatif, fleksibel
editormaxinfo@gmail.com

KUCHING – Perubahan pesat dalam teknologi dan keperluan pasaran global menuntut pendekatan pendidikan yang lebih inovatif dan fleksibel.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkata, institusi pendidikan tinggi (IPT) perlu segera menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), serta keperluan kemahiran digital yang semakin berkembang dalam pasaran kerja.

Beliau berkata, pendidikan tinggi kini berada di persimpangan penting yang mana kejayaan masa depan bergantung pada kemampuan kita untuk berinovasi dan beradaptasi dengan perubahan teknologi.

Katanya, keseimbangan antara kualiti akademik dan kebolehpasaran graduan juga penting, terutama dengan kemajuan pesat dalam teknologi digital yang menuntut kurikulum yang lebih fokus kepada pemikiran kritikal dan kreativiti.

“Malaysia telah memulakan perjalanan yang berani untuk muncul sebagai peneraju kecerdasan buatan (AI) dengan pelancaran beberapa program utama baru-baru ini yang bertujuan untuk meningkatkan ekosistem AI untuk pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

“Antara inisiatif yang diumumkan adalah program MY AI NEXUS, sebuah usaha yang dipimpin oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan untuk membangunkan 200,000 pakar AI menjelang tahun 2030.

“Malaysia juga komited untuk menjadi peneraju dalam bidang kecerdasan buatan dengan memperkukuh kerjasama antara sektor akademik dan industri global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Agensi Kelayakan Malaysia (MQAIC) 2024, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman.

Pada majlis perasmian itu juga, sesi pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) turut diadakan antara MQA dan Quality and Qualifications Ireland; MQA dan South African Qualifications Authority serta MQA dan National Accreditation and Quality Assurance Authority, The Gambia.

Bertemakan ‘Pendidikan Tinggi Berkualiti Global’, MQAIC kali kedua anjuran Agensi Kelayakan Malaysia itu disertai lebih 400 peserta termasuk wakil dari 15 kedutaan dan pemimpin akademik dari IPT tempatan dan luar negara dari Ireland, Scotland, Perancis, United Kingdom, Romania, Jepun, Indonesia, Australia, Filipina, Afrika Selatan, Gambia, China, Taiwan dan India.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Mohamad Azhan Md. Amir; Ketua Pegawai Eksekutif MQA; Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Tan Sri Panglima Sulong Matjeraie dan Naib Canselor Universiti UNIMAS, Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit.

Dr. Zambry juga menekankan kepentingan teknologi pendidikan adaptif yang menawarkan pendekatan pembelajaran lebih peribadi dan sesuai dengan keperluan pelajar secara individu.

Katanya, model pendidikan baharu seperti micro-credential dan pembelajaran dalam talian juga menjadi cabaran kepada ijazah tradisional yang menuntut IPT untuk lebih fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka.

Sementara itu, Mohammad Shatar berkata, persidangan Antarabangsa MQAIC 2024 itu dijayakan dengan kerjasama UNIMAS serta rakan strategik Diamond terdiri daripada Help University, INTI International University, Alliance of Government-Linked Universities, Open University Malaysia (OUM), MILA University, Petro Teguh, City University Malaysia, Asia e University (AeU) serta UNITAR International University.

“MQAIC 2024 menjadi medan perbincangan dengan pakar yang mengupas membincangkan isu-isu kritikal dalam pendidikan tinggi global dengan subtema ‘Landskap Pendidikan yang Berubah’, ‘Perkongsian Kolaboratif’, ‘Teknologi Adaptif’, serta ‘Kebolehpasaran TVET’,” katanya.

The post Cabaran dunia pendidikan tinggi tuntut pendekatan lebih inovatif, fleksibel appeared first on MaxInfo.

Perdana Menteri tidak akan kompromi isu buli dan budaya samseng
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM), untuk tidak berkompromi dengan budaya samseng, buli dan gangsterisme di institusi pendidikan masing-masing.

Anwar berkata, isu berkenaan perlu dilihat dengan lebih serius kerana tiada maknanya keterampilan dan kepimpinan tanpa nilai, adab dan akhlak yang murni.

“Budaya samseng, buli, gangsterisme yang berlaku dalam sistem pendidikan sama ada di sekolah Cina, sekolah Tamil, maahad tahfiz, sekolah agama, ini satu kegilaan kerana kita bicara soal ilmu, tapi tiada akhlak dan nilai.

“Ini cabaran kita dalam program pendidikan, nilai dan akhlak perlu ditekankan, kelemahan kita kerana kita mengambil sikap mengalah, toleran terhadap buli, ini tidak akan berlaku jika budaya menolaknya,” katanya ketika berucap pada program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad.

Perdana Menteri memberikan contoh misalnya pemimpin dunia yang dianggap korup bukanlah tiada pendidikan dan kemahiran, tetapi rendah akal budi dan nilainya.

“Ini yang temasuk saya katakan sistemik dalam semua bidang, termasuk apa yang dibicarakan dalam bidang ketenteraan, cara beli senjata, cara tender, cara rundingan, cara komisen, ini semua ada kaitan dengan nilai dan akhlak,” katanya.

Beliau berkata, mana-mana negara pun tidak boleh meremehkan soal persiapan yang cukup dalam aspek ketenteraan, yang bukan sahaja membabitkan latihan, kecekalan, keterampilan, kepintaran, pemikiran strategik dan kelengkapan, tapi turut meliputi soal disiplin dan nilai.

“Sebab itu soal disiplin di universiti lain itu penting, tapi ‘maha penting’ di universiti ini (UPNM),” katanya.

Perdana Menteri turut menasihatkan penuntut UPNM, yang disifatkan sebagai khazanah negara untuk terus menjadi harapan pimpinan dan rakyat serta negara, dalam menjamin pertahanan dan keselamatan negara, dengan melengkapan diri dengan kepintaran ilmu

“Jangan pandang ringan amanah ini, tidak ramai yang punyai tanggungjawab sedemikian, menimbalah ilmu sebaik mungkin, latih diri dengan kecekalan dan akhlak yang baik bagi memikul amanah besar ini,” katanya.

Semalam, Angkatan Tentera Malaysia dalam kenyataan memaklumkan sedang menyiasat kes buli dan dera membabitkan seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), UPNM, yang dibuli seniornya menggunakan seterika ditekap di bahagian dada, sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular menerusi media sosial.

Menurut kenyataan itu, kes berkenaan sedang disiasat pada peringkat ALK-UPNM.

Sementara itu Anwar ketika diminta mengulas isu tersebut berkata, kes berkenaan sedang disiasat polis, namun secara umum berharap agar guru besar, pengetua, pengetua kolej serta naib canselor, bertanggungjawab menghentikan isu buli di institusi masing-masing.

“Terlalu banyak aduan, yang dapat (aduan) itu bila kebetulan terbongkar di media sosial, ini harus dihentikan, naya anak-anak,” katanya. – Bernama

The post Perdana Menteri tidak akan kompromi isu buli dan budaya samseng appeared first on MaxInfo.