Anugerah ContentAsia 2024 Archives - MaxInfo

Astro raih 9 anugerah, teguhkan pengaruh serantau di Anugerah ContentAsia 2024
editormaxinfo@gmail.com

TAIPEI – Astro, syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, sekali lagi menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh 9 anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.

Pencapaian cemerlang ini mengukuhkan reputasinya sebagai pelopor dalam menghasilkan kandungan menarik dan pelbagai yang memikat penonton di seluruh Asia.

Astro membawa pulang 3 anugerah Emas iaitu; INNOVATHON untuk Program Realiti Original dan/atau Pertandingan Terbaik, Family Feud Malaysia untuk Adaptasi Format TV Terbaik (Tidak Berskrip) di Asia dan runut bunyi Ayuh, Polis Evo 3 untuk Lagu Original Terbaik untuk Siri TV/ Program atau Filem Asia.

Selain itu, Astro merangkul 3 anugerah Perak dan 3 Gangsa. Senarai penuh kemenangan Astro adalah seperti di bawah:

Program Realiti Original dan/atau Pertandingan Terbaik

EMAS – INNOVATHON (Astro, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd) PERAK – Crush on You 2.0 (Astro Malaysia)

Adaptasi Format TV Terbaik (Tidak Berskrip) di Asia

EMAS – Family Feud Malaysia (Astro, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd)

Lagu Original Terbaik untuk Siri TV/ Program atau Filem Asia

EMAS – Runut bunyi Ayuh, Polis Evo 3 (Astro Shaw & Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd)

Drama/ Siri Pendek Asia Terbaik

PERAK – The Mosque Kiblatku (Astro Gempak) GANGSA – Hype Hafiz (Astro Gempak)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Program/Siri TV

PERAK – Fiza Thomas sebagai Sara dalam “Mati Hidup Balik” (Astro, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd / All Asia Broadcast Center (Astro) & Zeel Production)

Program TV Kanak-kanak Terbaik Buatan Asia

GANGSA – Didi & Friends Kembara Muzikal, Warnakala Studios Sdn. Bhd. & Astro Malaysia Berhad

Program Hiburan Fakta Terbaik Dihasilkan untuk Pasaran Asia Tunggal

GANGSA – Travel with Mommy (Astro Malaysia)

Pencapaian mengagumkan ini menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program menarik dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton di Malaysia, tetapi di seluruh Asia.

Astro mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan kongsi dan kolaborator atas sumbangan mereka yang tidak ternilai dalam kejayaan ini.

Sokongan mereka telah memainkan peranan penting dalam membangunkan bakat tempatan dan memupuk industri untuk berkembang maju di Malaysia.

Astro sentiasa melangkaui lebih jauh dalam menyampaikan kandungan inovatif yang menawan, memaklum dan memberi inspirasi.

Anugerah ContentAsia dimiliki dan dikendalikan oleh ContentAsia; platform maklumat berusia 18 tahun yang dipilih susun untuk menawarkan pandangan tentang persekitaran kandungan Asia.

Anugerah ini dilancarkan pada 2020 untuk membina hubungan ContentAsia yang tiada tandingan dengan industri media serantau Asia, dan membawa kepakaran dan integriti jenamanya ke dalam ruang Anugerah Asia.

Anugerah ini dinilai 100 peratus oleh rakan industri yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman am dalam proses kandungan kreatif & penerbitan.

Pemenang Anugerah ContentAsia 2024 telah diumumkan di Taipei pada 5 September, kelmarin.

The post Astro raih 9 anugerah, teguhkan pengaruh serantau di Anugerah ContentAsia 2024 appeared first on MaxInfo.