Antonim Part 1 Archives - MaxInfo

Kejora taruhan terbaharu Hael Husaini dalam Antonim Part 1
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini yang kini bernaung di bawah syarikat label Rocketfuel Entertainment tampil dengan single ketiganya dari album Antonim Part 1 yang berjudul Kejora.

Video muzik eksklusif lagu Kejora sudahpun ditayangkan pada 9 Ogos lalu di saluran YouTube rasmi Hael Husaini.

Dalam video muzik ini, Hael Husaini bergandingan dengan Qasrina Karim, yang juga pasangan beliau dalam drama popular My Famous Ex-Boyfriend.

Video muzik ini dihasilkan oleh Rocketfuel Studios dan penggambaran telah dijalankan selama satu hari di Shah Alam.

Proses penggambaran yang intensif ini berjaya menghasilkan visual yang memukau dan penuh emosi di samping menggambarkan jalan cerita yang menyentuh hati.

Apa yang membezakan video muzik Kejora adalah konsep dan arahan kreatifnya yang memaparkan Qasrina Karim dalam sisi berbeza.

Berbeza dengan wataknya dalam drama dan penampilannya di media sosial, Qasrina mempamerkan kemahiran menarinya yang jarang dilihat oleh peminat.

Koreografi yang dihasilkan khas untuk video muzik ini memperlihatkan kebolehan Qasrina dalam menari, sekaligus menambahkan dimensi baru kepada lakonannya.

Hael Husaini memainkan peranan sebagai seorang penyanyi dalam video muzik ini, sementara Qasrina Karim menggambarkan watak seorang wanita yang menunggu cinta sejatinya.

Kisah cinta yang digambarkan dalam video muzik ini adalah refleksi kepada lirik dan melodi lagu Kejora, yang menceritakan tentang kesetiaan seseorang terhadap kekasihnya.

Lagu Kejora adalah hasil ciptaan Hael Husaini bersama dua komposer berbakat, Firdaus Rahmat dan Hanis Rafi.

Lagu ini menceritakan tentang kesetiaan dan pengorbanan dalam cinta, dengan melodi yang merdu dan lirik yang mendalam.

Hael Husaini, yang terkenal dengan kebolehan vokalnya yang luar biasa, sekali lagi membuktikan kepakarannya dalam menghasilkan karya muzik yang berkualiti tinggi.

Album Antonim Part 1 oleh Hael Husaini telah dilancarkan pada Januari 2024 dan boleh distrim di semua platform penstriman digital.

Album ini telah mendapat sambutan yang luar biasa, dengan lebih daripada 3 juta penstriman di Spotify setakat ini.

Setiap lagu dalam album ini mencerminkan kepelbagaian emosi dan pengalaman hidup, menjadikannya sebuah karya seni yang lengkap dan memuaskan.

Strim terus lagu Kejora dan album Antonim Part I di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music serta berpeluang menghasilkan kandungan video pada TikTok dan Instagram Reels menggunakan lagu ini.

The post Kejora taruhan terbaharu Hael Husaini dalam Antonim Part 1 appeared first on MaxInfo.

‘Antonim (Part 1)’, album sulung Hael Husaini istimewa untuk peminat
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Sentuhan magisnya bak ‘Midas Touch’ sentiasa meraih perhatian ramai, bagi meraikan sokongan peminat, penyanyi Hael Husaini, tampil dengan album sulung yang dinantikan oleh peminat setianya.

Antonim (Part 1) memuatkan 6 lagu kesemuanya yang dicipta oleh barisan komposer ternama tanah air seperti Ezra Kong, Omar K, Iqie Hugh, Hanis Rafi, Firdaus Rahmat serta Hael Husaini sendiri.

Album berkenaan bakal dilancarkan pada 5 Januari depan, manakala MV ‘Diam’ pula sudah pun dilancarkan 22 Disember lalu.

Hael berkata, sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, dia telah menghasilkan lebih kurang 20 buah lagu (demo) untuk album pertamanya ini.

“Selepas berbincang dengan pihak label serta pasukan saya, hanya 10 buah lagu sahaja telah disenarai pendekkan serta beberapa buah lagu lama yang telah diberi susunan semula khas untuk album ini.

“Dalam album Antonim (Part 1) terkandung lagu-lagu seperti Diam, Usia, Kejora, Please, Hero dan Sama Seperti Dulu (versi orkestra), di mana 4 buah lagu daripada album ini telah dipilih kerana menjadi lagu tema bagi sebuah drama bersiri popular yang mula ditayangkan baru-baru ini.

“Manakala ada dua lagi lagu yang belum pernah diperdengarkan kepada umum,” katanya.

Hael berkata, perjalanan seninya menjangkau hampir 17 tahun dan album ini mempunyai signifikasinya sendiri.

“Album sulung ini sangat penting buat karier saya kerana sudah lama saya cuba merealisasikannya, ianya impian terbesar saya dan banyak sangat cabaran serta kisah duka yang saya dan pasukan saya tempuhi.

“Antonim (PART I & II) saya jadikan medan untuk berkarya tetapi konsepnya berlawanan dengan apa yang sering saya hidangkan buat pendengar sebelum ini, namun keseluruhan lagu masih berkonsepkan pop yang bernuansakan balada serta rock,” katanya.

Katanya, setiap naskhah dalam album ini mempunyai jalan cerita dan kisah yang tersendiri, berlandaskan dari kisah benar malah ada juga yang bersifat dongeng serta kisah-kisah orang di sekeliling yang menjadi idea buatnya.

Lagu Diam sudah diperdengarkan turut dilancarkan dalam bentuk MV mempunyai keistimewaannya tersendiri.

“Lagu ini sangat dekat dengan persekitaran kita, ia adalah satu luahan kekecewaan terhadap seseorang yang mengkhianati kita.

“Orang yang berpura-pura suka terhadap kewujudan kita tetapi sedang berusaha untuk menjatuhkan kita dan ingin melihat hidup kita musnah.

“Proses rakaman dilakukan di beberapa buah studio mengikut lagu dan penerbitnya sendiri, saya juga ada menggunakan khidmat beberapa penerbit dan jurutera bunyi dari luar negara untuk mendapatkan sentuhan berbeza dari segi bunyi.

“Saya berharap kesemua lagu yang terkandung di dalam album Antonim (PART I) meraih perhatian serta menjadi popular, kerana saya, rakan penulis lirik, penerbit, pihak pengurusan dan label telah bertungkus lumus dan banyak berkorban dalam melaksanakan album ini.

“Semoga semua penggemar muzik di luar sana sentiasa menyokong industri muzik kita semaksima yang mungkin,” katanya lagi.

MV ‘Diam’ boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Hael Husaini Official.

The post ‘Antonim (Part 1)’, album sulung Hael Husaini istimewa untuk peminat appeared first on MaxInfo.