26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 15, 2026

Trump mohon Mahkamah Agung tangguh tarikh akhir larangan TikTok

editormaxinfo@gmail.com

ISTANBUL – Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, telah memfailkan petisyen kepada Mahkamah Agung untuk menangguhkan tarikh akhir bagi penjualan aplikasi TikTok oleh syarikat induk China, ByteDance, atau berhadapan dengan larangan operasi di AS, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai.

“Kes ini adalah isu baru dan rumit, oleh itu mahkamah perlu mempertimbangkan penangguhan tarikh akhir yang ditetapkan bagi memberikan lebih ruang untuk menangani perkara ini,” menurut pasukan guaman Trump dalam dokumen yang difailkan semalam.

Tarikh akhir untuk pelucutan hak milik TikTok itu dijadualkan pada 19 Januari, sehari sebelum Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden AS yang baru.

Menurut pasukan peguam Trump, penangguhan ini memberi peluang kepada presiden terpilih untuk mencari penyelesaian politik berkenaan isu ini.

Trump, yang sejak awal penggal pertamanya mengkritik aplikasi popular tersebut, menyuarakan kebimbangannya mengenai isu keselamatan negara.

Beliau mendakwa bahawa aplikasi itu berisiko digunakan oleh kerajaan China untuk mengakses data peribadi pengguna AS atau memanipulasi kandungan platform.

Bagaimanapun, dakwaan ini telah berulang kali dinafikan oleh ByteDance dan Beijing. -Agensi

ARTIKEL BERKAITAN

Popular